Lemahnya...

Assalamualaikum semua...

erm...rasanya dah lama sy x update blog lantaran kesihatan yg kurang baik sejak kebelakangan ni. mood pun macam xde nak bercerita kat sini. teruk juga tahap kesihatan sekarang. mungkin d mata yg melihat nampak sihat n baik2 saja. namun ternyata dalamannya berbeza. waktu pagi xpcialy masa nak bangun tidur..masa tu mmg sakit seluruh badan. sendi, tulang n urat semuanya terasa sakit. bagai mencengkam antara satu sama lain. kalau dilayan bisikan syaitan "jgn bangunlah..." mmg x bersolat subuh la jawabnya. namun syukur Alhamdulillah kerana DIA masih menitipkan kekuatan utk diri ini bangun melaksanakan tgjawab. masih sudi mengejutkan hamba yg hina ini dari lena dan masih sudi melayarkan hidayahNYA agar diri ini tidak tersasar dari landasan hidup yg sebenarnya. sekarang ni masih terasa kesakitan itu menjalar ke seluruh tubuh. tangan n kaki terasa lemah saja. tulang belakang ni pun bagaikan dah lali dengan segala rasa kesakitan yg datang. seringkali hati ini tertanya2..."mampukah aku meneruskan kehidupan ini dgn langkah yg lbih jauh?" sebenarnya diri ini bimbang situasi sekarang akan bertambah buruk utk beberapa tahun akan datang. kata org malah dlam bidang perubatan sendiri pun mengatakan kesannya semakin bertambah seiring dgn usia yg meningkat...Ya Allah..jauhkanlah aku dari kesakitan yg sungguh memeritkan...

dulu sangat la akif dengan pelbagai lapangan sukan n hobi. olahraga, bola jaring, silat, mendaki, ke hutan, ke laut...huh..smua aktiviti lasak n ekstrem ni mmg la sy suka sgt3..tapi skrg ni nak buat semua tu mcm dah x ada semangat. tenaga pun dah x powerful mcm dulu. cepat benar terasa sakitnya. memang terasa lain benar kondisi kesihatan sekarang ni. nak duduk sama ada atas kerusi atau atas lantai mmg x boleh tahan kalau lama2. pasti muncul rasa sakit pd tulang pinggang hingga ke ujung jari kaki. mula terasa lemah seluruh badan. tertekan sungguh bila memikirkan keadaan kesihatan yg sebegini. pada Allah saja mampu ku adukan segala rasa ini. Hanya DIA yg begitu memahami. ku pohon diberikan kekuatan utk meneruskan perjuangan n kehidupan ini. aku ingin pulang kepadaNYA dengan hati yang bersih dari sgla dosa...

Permata Yang Dicari


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


* hadirmu mmg bagai permata...kilauannya membiaskan cahaya ke dalam hatiku
menyayangimu dan mencintai siapa Pemilikmu. semoga permata itu terus menjadi
permata yg ku cari-cari...n terus menjadi kesayanganku setiap saat, waktu dan ketika hingga ke akhir hayatku...

Allah says...

Assalamualaikum....


~~ For all the negative things we have to say ourselves, Allah has a positive answer for it....


You say : I'm too tired
Allah says : I WILL GIVE YOU REST

You say : I can't figure things out
Allah says : I WILL DIRECT YOUR STEPS

You say: I can't do it
Allah says : YOU CAN DO ALL THINGS

You say: I can't forgive myself
Allah says : I FORGIVE YOU

You say : I can't manage
Allah says : I WILL SUPPLY ALL YOUR NEEDS

You say : I'm afraid
Allah says : I HAVE NOT GIVEN YOU A SPIRIT OF FEAR

You say : I'm always worried and frustrated
Allah says : CAST ALL YOUR CARES ON ME

You say : I'm not smart enough
Allah says : I GIVE YOU WISDOM

You say : I feel all alone
Allah says : I WILL NEVER LEAVE YOU OR FORSAKE YOU

You say : Nobody really loves me
Allah says : I LOVE YOU


**Please think about it. May Allah bless u all..amin.



* Bait-bait kata di atas mengingatkan sy pd seseorang juga lagu ini....Always with LOVE...
Moga Allah sentiasa merahmati dirimu...





Kisah Tauladan Buat Wanita...

Assalamualaikum...

~~Kisah yang mungkin telah berlaku dan sedang berlaku tika ini. Di harap ia boleh di ambil peringatan buatmu duhai wanita.......
kisah ini bermula begini........


"Sudikah awak menjadi isteri kedua saya?" tanya Ahmad tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Aisyah merah, airmata mula bergelinangan di kelopak matanya.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat!! Sampai hati awak mempermainkan hati saya. Awak ingat saya ni tak ada maruah? Awak ingat saya ni kemaruk sangat ke nak kahwin dengan awak?Dasar lelaki!!! pekik Aisyah dengan suara tersekat-sekat.

********


Mata Ahmad liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Aisyah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Aisyah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya.........." Aisyah bertambah sebak. Pedih di hatinya dilukai begini.


*******



"Tak. Maksud saya...."
"Sudah! Jangan cakap apa-apa lagi. Saya tak mahu dengar penjelasan awak. Cukup!! potong Aisyah dengan kasar.
" Awak nampak macam alim. Tapi tak sangka awak sanggup menipu saya..dan berani awak melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa??" suara Aisyah semakin tinggi, setinggi egonya.


********


Ahmad diam seribu bahasa. Dia sudah tahu siapa "Aisyah" di sebalik Aisyah yang dia kenal selama ini. Aisyah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Ahmad seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Ahmad muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

*******


"Ada hikmah. " bisik hati kecil Ahmad, sekecil pandangannya terhadap Aisyah.

*******


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Ahmad sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Ahmad berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Ahmad dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianuti sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya. Namun, Aisyah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Ahmad. Bagi Aisyah, Ahmad seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Ahmad melamarnya menjadi isteri kedua.


********


Ahmad masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Aisyah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Aisyah, namun sikap Aisyah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Ahmad tersebut.

Bagi Aisyah, Ahmad tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Ahmad berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Ahmad semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi DIA menghantar seorang wanita bagi menguji Ahmad- sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Ahmad.

********


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Ahmad dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Ahmad sekali lagi gusar, takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Ahmad menemui Tuhannya. Namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti sikap Aisyah atau tidak? Ahmad bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Ahmad berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

*******


Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Ahmad mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Aisyah. "Sudikah awak menjadi isteri kedua saya?" tanya Ahmad penuh yakin.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Ahmad menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Ahmad.
" Kenapa saya?" tanya Ahmad ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Ahmad tersenyum bahgia.

*******


Akhirnya, Ahmad dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Ahmad terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Ahmad semampu mungkin. Setiap kali turun lapangan untuk berdakwah, Ahmad membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kadang letih menyinggah diri Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Ahmad. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

*******


" Abang, saya nak tanya sikit boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Ahmad sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Ahmad menoleh sedikit ke wajah Nusaibah sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu ye," jawab Nusaibah riang.

*******

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu gerak kerja dakwah suaminya. Di sudut hati Nusaibah, dia merasa rendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Ahmad yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Ahmad aktif dalam dakwah sebelum ini.

*******


"Kita dah sampai," Ahmad membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya. Ahmad berdiri mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itulah isteri pertama abang," Ahmad menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Ahmad.
'Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?," Nusaibah bertanya penuh debaran.
Ahmad tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN," jawab Ahmad ringkas.

Nusaibah agak terkejut pada mulanya, namun kembali tenang. Senyuman manis diberikan buat suami tersayang. Akhirnya, Nusaibah dapat juga mengenali siapakah isteri pertama suaminya.."isteri pertama suamiku ialah PERJUANGAN ISLAM,"Nusaibah bermonolog sendirian sambil tersenyum puas.



*******************

~~~~Sedarlah wahai muslimah serikandi dan perwira Islam...kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri...Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama berlangsung...kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu dengan terjadinya penceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu PERJUANGAN ISLAM!!


Renung-renungkan..

Sumber: Ukhti Norsaiedah Jamaludin


Assalamualaikum...

artikel ini sy petik dari laman seorang kenalan. sungguh takjub sy membacanya. SubhanaAllah...indahnya aturan ciptaan Allah.moga dibukakan pintu hati kita utk lebih menghayati ibadah solat itu. amin...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..
Jadi warna
biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinyadan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusny a memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpanrahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna
putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya!


Sumber asal drpd: http://hikmahcawangansarikei.blogspot.com/2009/12/fadhilat-solat-di-awal-waktu.html

Serba Tak Kena...

Assalamualaikum...

umm...nak kata hari ni hari yang malang x baik sbb semuanya adalah atas kelemahan sendiri yg datangnya dari Allah jua. kalau nak cakap malang macam menyalahkan Allah dgn apa yg terjadi. sebabnya tidak berlaku sesuatu itu atas kehendak Allah n terjadi sesuatu yg buruk itu berpunca daripada kecuaian sendiri juga kan....

nak dijadikan kisah di sini, hari ni macam2 perkara yg sy istilahkan "serba x kena". dari bangun tidur pagi tadi sampai la ke malam hari ni. mula2 masa bersiap2 nak keluar pegi kedai cari gula yg bukan main susah nk dapat skrg. pagi td kakak sms suruh cari gula. dalam duk sibuk2 nk balas sms n nk pakai tudung kaki tersangkut kat wayer charger..waaaa...apa lagi terus hp jatuh ke lantai! apa jadi??? skrin jd kabur...huaaaaa...sedihnyeee..dah la 2 hp arwah ayah. di mana kan ku cari ganti...(persis lagu p.ramlee). sayu sekejap hati. hati ckp "xpe..sabar.jap lagi ok la tu..."

dalam duk pujuk hati tu niat nk mencari gula 2 diteruskan jg. sampai je kat kedai tu lain plak jadi. helmet pulak yg jatuh tergolek. bising plak 2. huhh..malu jap.mcm org x pndai bwk motor! pastu pegi la menziarah kwn2 jap. saje nk wat surprise dgn kepulangan ku...kekekeke...e.j terkena! smggu ni aku sms ngan die rupanye aku da kt kg. mcm2 kena kelentong. nsib la makcik! hihihi....

masa nk blik 2 pegi la pula stesen minyak nk isi minyak. mmg dah agak. kalau blik umah mmg saya aje la yg kena isi minyak motor 2. sabor je la....hua3...xpe3..sharing is caring! ayat top kenakan kawan2 kt unimas. xpcially saiful. nasib la yea en epul! hah..balik pada cerita kt stesen minyak ni. sy bagi rm3 kt casher 2 tapi die pegi set rm2. da bayar rm3 dikasinya kita rm2. mane bleh cam 2 kan. x penah2nye jd cam gini sjak bertahun2 jadi minah rempit...(hihi..zaman muda2!)

pastu..malamnya pulak...nak cuci muka la kononnye. tapi yg diambil n dipicit ke tangan bukannya pencuci muka tp syampu!!!!! apo kono la ngan aku malam ni. nasib baik blum disapu lg ke muka ni. aduhhh...mcm2 la jadinya hari ni.

mungkin kekacauan jiwa masih belum reda agaknya. jauh benar fikiran melayang hari ni. perasaan pun masih terganggu pagi tadi. apa2 pun syukur alhamdulillah x jadi apa2 yg lebih buruk. nauzubillah! mohon dijauhkan.

semoga hari esok lebih baik daripada hari ni...insyaAllah. amin....

wassalam...

Hatimu untuk siapa..??

Assalamualaikum...

Suatu kisah yg sy dapat dari blog seorang hamba Allah. kisah yg penuh pengajaran n pengertian yg mendalam. moga kita beroleh manfaat dr kisah ini...

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah…
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hatikita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Sumber:
Soulfaidah Laba Soul

Benar DugaanMu...

Assalamualaikum...

Ya Allah...
benar telahan hatiku. ini semua adalah ujianMu. baru sebentar tadi Kau hubungkan kami kembali. terima kasih Ya Allah. walau hanya seketika waktu ia tetap pemberianMu untukku. Ya Allah...knpa begini jadinya? adakah aku bukan insan yg baik utk bersaudara dengannya? mungkin...sbb mmg masih byk dosa2 pada diriku ini belum aku bersihkan. Ya Allah...kepadaMu kini aku mengadu sgla rasa. sesungguhnya berat benar beban hati yg ku rasakan saat ini. seperti mahu ku tinggalkan saja lapangan yg memilukan hati ini.

Ya Allah...
mengapa aku rasa begitu jauh hubungan persaudaraan antara kami kini? Ya Allah..jauhkanlah perpisahan antara kami. aku teramat takut utk kehilangannya Ya Allah. kenapa setiap tali persaudaraan yg ku hulurkan pd insan yg bergelar teman itu cepat benar terasa hilang serinya.

...sambung bicara...

sebenarnya post ni sy taip semalam...tp x berdaya nk teruskan sb x tertahan dgn hati yg terlalu sebak...

alhamdulillah...ptg ni terasa lebih tenang dgn peristiwa smlm. walau macam mana pun mcm2 perkara yg berlaku pd sy hari ni. serba x kena. mungkin dek kerana jiwa yg terlalu kacau. gundah gulana serta fikiran yg berserabut. x putus2 sy berdoa mohon hati ini redha menerima segala percaturan Allah yg tidak saya ketahui langsung musababnya di sebalik apa yg ingin dizahirkan. sungguh2 sy tidak tahu kenapa ini harus terjadi secepat ini. apa yg sy pasti Allah mengetahui apa yg terbaik utk saya. lalu sy bermohon lagi diberikan kekuatan utk menerima ujian ini dan dibersihkan hati dari segala prasangka yg blh melunturkan rasa kasih kpda ukhwah yg amat sy cintai saat ini. moga Allah melindungi hati sy daripada menghilangkan rasa kasih sy pada hamba Allah ini.

sememangnya hati saya pedih terhiris malam tadi. bagai disiat-siat membaca segala apa yg disampaikannya. "....rasa soalan tu, soalan peribadi....rse ...... xyah tau la.." bagi saya ayat itu amat pedih. bagai disentap naluri seorg kakak. sepertinya saya bukan seorang kakak lagi di saat ini. sedangkan sy hanya bertanya "....sakit ke?" namun apakan daya hatinya milik Allah. hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg terkandung dalam hatinya. cukuplah mengimbas perbualan itu. sy tidak mahu kalian yg membaca menanam prasangka buruk pd hamba Allah yg masih menjadi kesayangan sy ini. biarlah! moga Allah masih memelihara hati sy utk terus menyayangi dirinya shgga akhir hayat sy. jgn timbul perasaan benci walau sedikit meskipun hati yg begitu rapuh ini cepat benar terluka. moga Allah menjadikan hati sy hati yg kuat utk mempertahankan ukhwah yg terbina ini. Ya Allah...tidak putus2 doaku padaMu. ku harap Kau tidak jemu mendengar rintihan n pinta hambaMu yg lemah ini.

saya bersedih kerana tidak berkesempatan menjadi kakak yg baik padanya. sedang dia diuji dgn masalah yg tidak sy ketahui, sy tiada bersamanya utk menanggung beban yg dirasakan hatinya. sedangkan suatu ketika masa lalu dia begitu setia mendengar bicara hati sy. apa saja duka yg melanda sy di bumi kenyalang dia sentiasa menyediakan telinga hatinya utk mendengar keluh kesah suara hati sy. sy kecewa sy terkilan dgn situasi ini. sy hanya mampu berdoa moga dipermudahkan sgla urusannya. moga Allah sentiasa melindungi dia dari segala beban hati yg tak tertahan memikul ujianNYA. ku hanya mampu berdoa n terus berdoa...andai dia bahagia melalui ujian itu bersama diri sendiri n Allah S.W.T tidak berdaya utk aku menghalangnya. harapnya diri ini tidak dipersalahkan kerana tidak bersungguh mahu memikul beban bersama. ku tidak bisa memaksa andai itu kebahagiaan utk dirinya. "apabila kita benar2 menyayangi seseorang kita akan rela berkorban untuk melihat dia bahagia..." berkorban hati, perasaan, harta hatta nyawa sekalipun...ku ingin lihat dia terus bahagia. biarkan hatiku sengsara demi kebahagiaan insan kesayangan asalkan tidak ku lihat air matanya tidak ku rasa kesedihannya menangis kerana aku melukakan hatinya....

jika ini suatu ujian Allah aku redha utk menerimanya. andai ini dugaan datang utk menguji iman n takwa ku kpdaNYA, moga kian bertambah keimanan n ketakwaan ku kpdaNYA. jgn berkurang iman jgn benci daku kpda ujian yg tidak aku ketahui ada kebaikan buat diriku yg telah DIA tetapkan di sebalik ujian yg diberikan ini.

bukan niatku menaip di sini utk merendahkan hamba Allah dan buka pula utk mengagungkan diri. niatku hanya meluahkan apa yg dirasa sebagaimana telah ku nyatakan "tidak perlu mengungkap kata biarkan hati berbicara...."

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa jua perkara yg tersembunyi dari pandangan mata hatiku jua kerana keterbatasan akal seorang hamba bernama manusia sepertiku...

"tidak diuji seseorang hamba itu melainkan untuk meningkatkan keimanan n mengangkat darjatnya di sisi Allah S.W.T"

Wallahualam...

Wassalam....

Nak kongsi sikit...




Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yang segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.
Jeng! Jeng! Jeng!

Bunyi...AUUUUMMMM!!!!!
Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.




Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar, dan kejar.
Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang-pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah..diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.
Jadi untuk menyelamatkan diri, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.

perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek je..
Jadi dia tergantung di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri.
Sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan

Tengah dok pikiaq camner nak selamat, tetiba dengar kocakan air di bawah perigi..
AAAA!!!..Ya Allah...lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu apa yang ada kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib...
Sudah jatuh ditimpa tangga..
Atas ada arimau..bawah ada buaya..
Semakin risau dan takut..

Tengah dok fikir camne nak selamat, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi naik ke atas ikut tali yang hamba Allah ni bergayut.
Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak!
Ciss, kurang ajar punya tikus! Alaahhh...camne ni??
Pastu. kuar lagi seekor tikus kaler hitam plak. Naik ikut tali tadi..
Cit! Cit! Cit! Sampai kat atas..
Tikus tu pun gigit tali tu jugak..
Ciss!! Lagi satu! Macam mana nak buat ni?? Habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi, kalau naik kat atas makan dek rimau, kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya..
Macam mana nih??huhuhu...

Sedang hamba Allah ni berfikir camne nak selamatkan dirinya..tetiba...
BZZZZZZZ BZZZZZ.....
Bunyi lebah yang sedang bawak madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit melihat lebah yang sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh terus masuk ke dalam mulut hamba Allah ni tadi..
Punyalah nikmat sehingga tak terkata!
Hamba Allah ni kata, "Fuh! Manis sungguh madu ni...tak pernah aku rasa manisnya ni..Sedap..
Subhanallah..sungguh sedap tadi!"
Kerana setitik madu, si hamba Allah tu lupa pada harimau yang dok tunggu kat mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah..


-THE END-

Aikk???
Camtu je citernye??
Haaa...kalau semua nak tahu, si hamba Allah tu adalah kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal sentiasa mengejar kita, so beringatlah..

2 ekor buaya tu adalah malaikat..
Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti..

Tali yang temoat si hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita..
Tikus hitam dan putih tu adlah putaran dunia kita, malam dan siang yang sentiasa menghakis umur kita..
Kan tikus tu gigit tali tu..

Madu...
Madu yang jatuh setitik ke mulut hamba Allah itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia dah lupa pada harimau dan buaya tu..
Macam kita laa..
bila dapat nikmat sikit..lupa Allah..
Waktu susah baru ingat Allah...



Moga dapat disampaikan kepada yang lain agar sama-sama peroleh kesedaran..
InsyaAllah..usaha anda diberkati..
InsyaAllah..



http://aziachmad.files.wordpress.com/2008/12/lebah-sebagai-obat1.jpg

Ku adalah insan biasa...

Assalamualaikum...

sy kembali lg ke sini. harapnya kalian yg sntsa menziarah blog sy tdk jemu2 menatap karya hati sy di sini. sememangnya blog ini adalah ruang kpd diri sy utk meluahkan apa saja yg di rasa. macam diari kehidupan sy la...x mengapa jika tiada insan yg sudi mendengar sgla keluh kesah sy. ruang ini telah pun menjadi teman setia sy utk membicarakan suara hati. terima kasih pd keyboard laptop ksygn yg x pernah berhenti seiringan bersama jari jemariku...:)

sebenarnya sy sedang bersedih. agak duka rasanya hati ini. bila kesedihan itu datang mencengkam hati cepat2 sy beristighfar memohon ampun atas kelemahan iman sendiri dlm mengharungi ujian yg baru sedikit diberikan olehNYA. bagaimana ingin sy nyatakan di sini akan kesedihan yg dirasai. tidak ingin sebenarnya dia mengetahui kedukaan yg melanda sekeping hati yg begitu rapuh dlm dimensi kasih sayang. sejak dari dulu sy diuji dgn banyak kehilangan insan2 tersayang. nenek n abang tidak la begitu terasa krna waktu itu sy masih kecil. penangan kehilangan insan tersayang mula hebat terasa ibu yg melahirkan diri ini dijemput kembali oleh pemiliknya. di sinilah bermula segala episod dugaan demi dugaan datang menguji. seawal usia 10 tahun. mula belajar hidup berdikari. hari2 yg dilalui bertemankan kasih seorang ayah dan adik-beradik. teman-teman tempat berkongsi berhibur melupakan kesunyian hati. zaman sekolah adik n kakak angkat 2 perkara biasa. biasalah...sy pun sunyi sangat. abg n kakak2 semua sedang membina kehidupan. namun adik n kakak angkat yg sy syg semuanya itu berlalu sepi. perpisahan dtg mengundang. lastly sy buat keputusan x nk lagi ada hubungan adik beradik angkat ni. sy berserah segala2nya pd Allah. mana yg lebih muda sy anggap adik n mana yg lebih dewasa sy anggap kakak. mudah! x payah nk minta2 jd adik or kakak angkat. lpas kehilangan semua "saudara angkat" ni ayah pula dijemput kembali ke Rahmatullah. saat ini terasa sungguh akan erti suatu kehilangan. tiada ibu tiadalah ayah. duka sebenarnya melalui hari2 tanpa kasih kedua ibubapa. apatah lagi utk menatap wajah2 insan2 ini. haru bila mengenangkan kedua2nya.
namun ku terima segalanya sebagai suatu perjalanan ketetapan Allah untukku.

hari demi hari, tahun demi tahun sy semakin dewasa. jatuh bangun dlm kehidupan sy lalui. menangis tawa gembira duka bahagia mewarnai perjalanan kehidupan menuju destinasi terakhir. suatu ketika sy bertemu dgn cinta Allah. sy tenggelam dlm kesyahduan waktu2 bersamaNYA. kemudian sy karam di tengah jalan lantaran kelemahan iman terhadap tuntutan dunia. terlalu sibuk mengejar cita masa bersamaNYA kian berkurang. kini Allah kembalikan sy ke dunia impian sy utk bersamaNYA semula. Alhamdulillah...DIA pertemukan sy dgn hamba2NYA yg begitu setia mencintai diriNYA. meski tidak bertemu empat mata nukilan2 para mujahid n mujahidah membawa sy kembali dekat kpdNYA. syukur kpd Allah. DIA kurniakan jg kpd sy talian ukhwah yg sentiasa mengingatkan sy kpdNYA. SubhanAllah...sungguh agung perjalanan ketetapanNYA. insan itu sentiasa membawa ingatan sy kpd Allah. kami berukhwah kami bersaudara mencipta kemesraan bersama. hari2 yg dilalui bersama mengubat segala sunyi di hati. senyum tawa hati riang gembira hanya Allah Yang Maha Mengetahui. namun sejak akhir2 ini bagai tersembunyi kebahagiaan itu. mungkin Allah ingin menguji iman sy. melihat sejauh mana kesabaran sy dlm menerima penarikan semula nikmat indah yg diberikanNYA pd sy. sy takut sebenarnya. sy takut utk suatu kehilangan lagi. belum puas lagi utk sy menikmati saat mesra tika bersamanya. manjanya, nakalnya...itulah penghibur hati sy kini. mengapa seawal ini kemesraan itu cpt benar tawar dari kemanisannya. sy cuba menyedarkan hati.."sesungguhnya hati manusia itu milik Allah. DIA lah punca segala rasa cinta, kasih, sayang, mahupun benci yg tertanam di jiwa manusia...DIA yg membenihkan segala rasa itu ke dalam hati manusia...". itulah antara monolog suara hati sy yg cuba menenangkan jiwa yg tika ini sedang gundah gulana sebenarnya. Ya Allah...tabahkanlah hati hambaMu ini. sesungguhnya aku teramat menyayanginya. melebihi nyawaku sendiri. sakitnya dia sakitlah diriku.berdukanya dia berdukalah diriku...

pilu rasanya hati tatkala ini. ku lihat pd laman fb, ada nmpaknya.namun x pula dia menjelma di lamanku..awalnya dulu apb on9 pasti ada saja msg darinya. kali ni dh x ada. adakah madu sudah terasa tawar??? sesungguhnya hati manusia itu milik Allah. sabarlah wahai hati. Allah sedang mengujimu.ntah la...sy xtau nk ckp ape lg...smga Allah sntsa melindungi ukhwah yg terjalin ini.

Ya Allah...
tabahkanlah hati hambaMu ini dlm
menghadapi sgla ujianMu...
peliharalah persaudaraan yg amat ku cintai ini.
ini tali tempat aku berpaut mencari cintaMu.
janganlah Engkau putuskan ukhwah antara kami Ya Allah
kerana aku begitu menyayangi dia n ukhwah ini.
dialah buah hati cintaku dalam mencari cintaMu.
perteguhkan hati kami pada segala rasa kasih
yang Kau titipkan ke dalam jiwa kami.
moga ia terus mekar bersama barakahMu
yang bakal membawa kami ke Al-FirdausMu
teratak penghujung destinasi sebuah kehidupan...
Amin Ya Rabbul'alamin...

wassalam...

Ukhwah @ Persahabatan...

Persahabatan....

Persahabatan,
Sebuah kata yang terlalu sederhana
untuk mewakili makna yang dimilikinya
Di dalamnya ada suka, duka, canda, tawa dan air mata
Di dalamnya pula ada kesetiaan, kerjasama, kepercayaan dan kekuatan

Tidak ada yang mampu menggantikan indahnya persahabatan
karena ia adalah unsur harta kedamaian
Dalam perjalanan hidup kita:
ia adalah sejarah yang mewarnai kebersamaan
di setiap masa, setiap tempat, dan setiap relung kehidupan

Ya ikhwan akhowat,
Jangan sesekali kita memutuskan persahabatan
karena ianya tidak bisa diberi oleh apapun
Bahkan lautan harta tidak bisa menjamin kehadirannya
Hanya Allah yang meragutnya di hati manusia
dan Allah Yang Memeliharanya.

Bukankah kite pernah berjanji untuk sama2 syahid fisabilillah,

Semoga kita yakin
bahwa setiap episode persahabatan yang kita jalani
adalah hadiah dari-Nya
bukan pemberian manusia

"Maka jangan bunuh cinta (dan persahabatan) itu
Namun bingkailah ia dengan cahaya)"

Ukhwah fillah abadan abada...

Monolog Suara Hatiku...

Assalamualaikum...

apa kbr semua? rasanya da lama x update blog ni. rindu jg nk luahkan sesuatu.

alhamdulillah...hari ni sy dpt on9 kembali. so dpt la bkak blog ni. xtau la nk gmbarkan prsaan ni mcm mana...gembira sedih duka bahagia. xtau nk ckp mcm mana...sglanya bermukim di hati. hati ni cukup resah lama x online. rasa kehilangan sesuatu. hambar sja kemesraan yg terjalin sblm ni. ntah di mana silapnya sy sndiri xtau. ternyata sms n berada d cni situasinya berbeza. kemesraan jg berbeza. hatiku sayu sebenarnya mengenangkan semua ni. terasa hilang seri puteriku. nakalnya, mesranya x sama spt d cni...arghhhh..apakah mungkin....? Oh Tuhan...jgn la Kau hilangkan kemesraan antara kami.

ada kedinginan yg terasa dlm kemesraan yg terzahir. ku mohon Ya Allah...janganlah kurg barang sedikit kemesraan antara kami bahkan biarlah semakin erat dr hari ke hari. dia terlalu istimewa di hatiku. dialah puteriku dialah buah hati cintaku...

lama ku menaip d cni. namun masih tiada titik kesudahan. laman demi laman blog ku buka. ku tatap ku baca. sebak mengenang diri yg masih kerdil dlm mencari cinta Allah. Ya Allah..gagahkanlah langkah ku untuk terus berjihad di jalanMU. aku hambaMu yg sangat hina n lemah. sntsa mengharapkan rahmat pertolongan n petunjukMu dalam apa jua perjalanan niatku. terasa malu aku denganMu Ya Allah. nikmatMu tidak pernah putus untukku namun aku seringkali lupa pd sgla suruhanMu. hinanya aku sbg hambaMu Ya Allah.

Ya Allah...
aku ingin kembali spt diriku yg dahulu. taksub dgn waktu2 bersamaMu. mengabdikan diri tenggelam bersama cintaMu. isnin khamis, rejab, syaaban, syawal, sunat rawatib, dhuha, hajat n tahajud. ku rindukan waktu2 itu Ya Allah. indahnya saat bersamaMu tika itu. ingin aku raih kembali saat itu. pimpinlah aku kembali Ya Allah. sesungguhnya tidak pernah aku merasa cinta yang paling manis n indah di dunia ini melainkan saat2 aku bersamaMu. bantulah aku utk aku kmbali tenggelam dlm mujahadahku bersamaMu. bantulah aku Ya Allah. aku mohon dgn sesungguhnya dan dgn sebenar2 keinginan.

kalaulah dapat aku tinggalkan segala tuntutan dunia ini n memperhambakan sepenuhnya waktuku utkMu...namun ku fikir itu suatu pkara mustahil. krna dunia jg sebahagian drpd pkara yg akn dibawa utk perhitungan di padang masyar kelak. tanggungjawabku terhadapMu dlm mengembangkan agamaMu, tgjawabku dlm membantu saudara seagamaku. tgjawabku pd makhluk2 Mu yg lainnya. sglanya akan dipersoalkan kpdku...Ya Allah..ampunkanlah aku atas kelalaian diriku sendiri pd hal2 duniawi. melupakan amanah yg telah Kau pertanggungjawabkn pdku. ku akui sgla2nya adalah atas kelemahan iman ku sndiri. dan kini Ya Allah...aku kembali utk menyediakan waktu bagi menjahit kembali sejadah iman yg telah terkoyak lantaran kelemahan imanku sendiri. maka aku bermohon padaMu petunjuk, pimpinlah daku utk aku membenih dan mengharumkan kembali rasa cintaku padaMu, Pemilik cinta teragung...

Wassalam...


Pagi Yang Sunyi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...syukur kpd Allah krna DIA masih memberikan aku nyawa pd hari ni. Syukur DIA masih membukakan pintu hati menggagahkan diriku utk bangun menghadapNYA. Syukur Alhamdulillah...segala piji bagiMU Ya Allah...terasa heningnya pagi ni. terasa semacam ada kesunyian yg melanda...sedih mengenangkan dia pergi hari ini...tinggallah aku sendirian melayari karma hatiku. oh..buah hati cintaku meninggalkan aku saat ini. hari semalam saat ini dia sedang bersamaku. seperti biasa...dgn nakal n manjanya mengusikku itu n ini. namun pagi ini dia tiada...telah pun diucapkan kata perpisahan buat sementara waktu...sedihnya utk menerima kenyataan itu. walau apa pun ku gagahkan jua hati ini utk menerimanya. sabarlah wahai hati...

Di kala melayari waktu subuh yg hening tadi, menitis air mataku mengalunkan bacaan surah Yasin. terkenang daku pd kata bicaranya semalam..."surah Yasin la yg paling fuzah suka...". sebak rasanya hati ini. kabur pandangan ku seketika dek kerana air mata yg bertakung. bercucuran membasahi kalam Allah. terkenang jua azab Allah yg maha siksa di akhirat kelak. terbayang2 jika akulah salah seorg penghuni neraka...nauzubillah! Ya Allah...selamatkanlah aku, ibubapaku, kluargaku serta mukmin dan mukminat sekalian dari merasai siksanya azabMU. ku panjatkan jua doaku ini utk buah hati cintaku. selamatkanlah kami Ya Allah... panjang bicara kami mlm tadi. bagaikan tdk mahu melepaskan masa berlalu meninggalkan kami. ku tahu dia bersedih utk meninggalkan aku. begitu juga aku. namun apalah dayaku utk menolak ketentuan Allah ini. surah Yasin menjadi pengubat hatiku. ku mencari ketenangan di balik bacaan itu. YASSIN...hati Al-Quran...itulah sumber pencarianku pd suatu ketenangan apb hati ini gundah. bersedih dgn ujian Allah. ku alunkan jua surah Al-Insyirah-surah utk kelapangan hati. sungguh2 ku pohon ku panjatkan pengharapan agar lapang dada n hati ini dlm meneruskan liku2 kehidupan menghadapi ujianNYA...

Ya Allah...
besar rahmatMU padaku kini. hari demi hari KAU pertemukan aku dgn hamba2 MU yg turut mencintaiMU. sebak rasa hati ini apb membuka satu per satu laman blog para mujahid n mujahidah yg turut mencari erti suatu kehidupan n kelahiran ini. semuanya membicarakan ttg Mu Ya Allah. sebak hatiku Ya Allah. bergenang lagi air mataku. betapa Engkau masih menyayangiku dgn menenggelamkan aku bersama2 hamba2Mu yg sedang dlm perjuangan mencari cintaMu. aku bersyukur Ya Allah..."Robbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahablana min ladunka rohmah, innaka antal wahhab - Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk...(Surah Ali Imran Ayat 110). tiada kata yg mampu aku ungkapkan melainkan rasa syukur tdk putus2 kpdMu Ya Allah...

Ya Allah...
sebak hatiku Ya Allah...cemburu daku kpd hamba2Mu yg cintanya mrka kpdMu lbh baik dr cintaku pdMu. aku jg ingin memiliki cinta yg sehebat mereka. perteguhkanlah hatiku utk terus berusaha memantapkan keimananku kpdMu. agar aku jg sehebat mereka dlm mencintaiMu Ya Allah. Amin Ya Allah...

Ya Allah...
berikan daku kekuatan utk terus mencari sinar cintaMu....
merebahkan diri dlm kudus pengharapan waktu demi waktu...
berjuang bersama mujahid n mujahidah kecintaanMu
membangunkan daku dari lena yg berpanjangan
mengejar kembali cintaku padaMu yg pernah kehilangan...
biarlah hidup n matiku hanya utk mengabdikan diri kpdaMu...
merasai manisnya erti cinta sebenar suatu kehidupan dan kelahiran
yg ku cari-cari selama ini...
Amin..Ya Allah Ya Rabbul'alamin...

Wassalam...