Ketika akhwat jatuh cinta

Akhwat jatuh cinta...
Tak ada yg aneh, mereka jg adalah manusia.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta?
Mereka jg punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...
Namun sebaliknya...
Ketika akhwat jatuh cinta...
Yg mereka rasakan adalah penyesalan yg amat sangat, atas sebuah hijab yg tersingkap.
Ketika lelaki yg tak halal baginya, bergelayut dlm alam fikirnya, yg mrk rasakan adalah ketakutan yg bgt besar akan cinta y gtak suci lg..
Ketika rasa rindu mulai merekah d hatinya, y mereka rasakan adalah kesedihan yg tak terperih akan sbuah asa yg tak semestinya..

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 yg di penuhi air mata penyesalan atas cintaNya yg ternodai..
Yg ada adalah kegelisahan, krn rasa yg salah arah..
Yg ada adalah penderitaan akan hati yg mulai sakit..

Ketika akhwat jatuh cinta..
Bukan harapan u brtemu yg mrk nantikan, tapi yg ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dr org tsb.
Tak ada kata2 cinta, dan rayu.. Yg ada adalah kehawatiran yg amat sangat akan hati yg mulai merindukan lelaki yg blm halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya..
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yg tak mampu lg memberiny ketenangan di wajahnya yg dulu teduh..
Mrk akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.. Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mrk lakukan..

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta.. Krn yg ada adalah penderitaan..

Tapi ukhti.. Bersabarlah.. Jadikan ini ujian dr Rabbmu..
Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia..
Pasang duri dlm hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai..
Cuci dgn air mata penyesalan akan hijab yg tersingkap..
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah padaNya..
Pupusny rasa rindu padanya dan kembalikan dlm hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Ukhti.. Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya.. Krn bila memang kalian di takdirkan bersama, maka tak akan ada yg dpt mencegah kalian bersatu..
Tp ketahuilah, bgmn pun usaha kalian utk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Ukhti.. Bersabarlah.. Biarkan Allah yg mengaturnya.. Maka yakinlah.. Semuanya akan baik-baik saja..

sumber:Catatan Ummu Sa'ad 'Aztriana'

"Ayah! saya dah bersedia..."

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Intaha.

Tanya la pada hati kita "Apa yang telah aku lakukan untuk bawa diri dan manusia lain dapat mengabdikan diri kepada Allah???

PESAN AYAH

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...terasa beratnya mahu meluah rasa pd entry kali ini. berat bersama hati yg sebak dan linangan air mata. hati terundang sebak pd sebuah lagu "Lafaz Sakinah". rindunya pd ayah...

Tanggal 20 Jun 2010...genaplah 3 tahun arwah ayah kembali ke pangkuan pemiliknya. masih terasa kehangatan sembang mesra antara kami. Dialah ayah yg sentiasa mengingatkan diri ini pada matlamat sebuah kehidupan. Dialah seorang ayah yg sentiasa mengingatkan diri ini pd Allah. Bila saja ada kelapangan berbicara pastinya arwah membisikkan kepadaku tentang Zat, Sifat dan Af'aa Allah. Sifat 20. Kalimah Syahadah dan apa sebenarnya yg dikatakan beriman kpd Allah. Apa itu ILLAH? Apa itu ILLALLAH serta kalimah-kalimah lain yg terkandung dalam syahadah. Dialah seorang ayah yg mengajarkan diri ini segala-galanya tentang ilmu untuk mengenal Allah. Mana mungkin akan ku ketemu seorang ayah yg bisa berbicara soal2 ketuhanan sepertinya. Dalam mengejar nafas yg hanya berbantukan mesin pembekal oksigen bersama lingkaran tiub yg x pernah lekang dari hidungnya, arwah masih menitipkan bait2 bicara berupa pesanan dan bertinta pada buku2 catatan. kini buku2 n kitab itu menjadi wasiat kpda diri ini, abang n kakak2...

Sejak pulang dari universiti tiba2 teringat kembali pada segala buku2 catatan arwah. runtun hatiku membaca bait demi bait tulisannya tentang ilmu2 ketuhanan. Ada sebak yang melanda. terasa seolah2 masih basah dakwat penanya. terasa seperti baru semalam arwah menarikan tangannya mencatit segala ilmu yg dipelajarinya. Apa tujuannya??? Tujuannya adalah untuk menjadi tatapan buat anak-anak yg bakal ditinggalkan. Ya Allah...ayah..betapa hebatnya kasihmu pd anak-anak. Kini, ayah telah pergi ke sisi penciptanya. Masih terbayang di ruang mata sekujur tubuh terbaring kaku di katil penghujung sudut hospital. Dia telah kembali... moga Ayah kembali ke sisi Allah sebagai kekasihNYA. Amin... Dia seorang ayah yg hebat dengan ketulusan hatinya mengasihi anak-anak n ketulusan hatinya mencari cinta Allah.

Terlalu banyak dosa dalam diri ini pd seorang ayah. namun ku tahu...ayah sentiasa memaafkan anak-anaknya. Kata ayah, "ayah selalu maafkan anak-anak ayah. Sebab ayah tak nak anak-anak ayah susah..." susah yang dimaksudkan ayah ialah balasan Allah di dunia n di akhirat pada anak-anaknya. Kasihnya seorang ayah... mak yg pergi lebih awal meninggalkan kami membuatkan segala kasih kami adik beradik tertumpu pd ayah. namun pd mak tidak kami lupa untuk sentisa mengirim doa n menziarahi pusaranya. Diri inilah yg sentiasa menemani ayah di rumah keduanya. hospital jugalah yg menjadi rumah keduaku sepanjang hayat ayah. kini sebut saja hospital pastinya ku terkenang pd ayah n seluruh kenangan bersamanya. Betapa sayunya hati ini apabila memutar kembali kali terakhir ayah di rumah keduanya. aku, kakak n abang bagai disiat2 melihat penderitaan seorang ayah. Betapa sukarnya untuk ayah menarik satu nafas kepada nafas yg seterusnya meski berbantukan bekalan oksigen.

Pada waktu itu kami harus membuat keputusan untuk kehidupan ayah. kehidupan ayah untuk hari2 seterusnya bagaikan berada di tangan kami. salah kami membuat pertimbangan natijahnya hanya mampu memandang seorang ayah yang masih bernafas tapi x bergerak. hanya kaku di pembaringan hospital. hari yg ku masih ingat tarikhnya 19 Jun 2007. Hari yg penuh dengan juraian air mata...sehari sebelum tu 18 Jun 2007 ku telah menerima tawaran yg diimpikan selama ni. "Tahniah! Anda diterima melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak." itulah ayat yg ku baca pd skrin komputer di library. Perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. Hajat untuk berkongsi berita kegembiraan ini bersama ayah hanya ku pendamkan saja seketika. Hari ni ayah memang dah nampak "lain". tak bercakap dan kurang reaksinya. ku pasti bla diberitahu pasti ayah akan berasa sedih. PASTI! ku faham perasaan ayah. ayah kecewa kerana sentiasa saja hajat ku terhalang untuk berpindah alam pendidikan. Dari form 4 lagi hajatku sentiasa berlalu sepi. ku tahu ayah berasa kecewa kerana tak dapat memenuhi hajat n keiginanku.

Lantaran perasaan yg terlalu gembira dgn kejayaan itu dan ingin diraikan, ku maklumkan jg pada abang. Namun reaksinya cukup mendukacitakan. Hampir menitis air mataku. "Macam mana nak pergi. tengoklah keadaan ayah tu. duit pun tak ada." hati dh sebak tp ditahan jua air mata dari gugur di hadapan abang. sememangnya ku x betah menangis di depan orang. namun rasa yg x tertahan itu ku layarkan jua pada ayah. ku maklumkan tentang tawaran tu. dan seperti yg dijangka. hanya sepi sebagai jawapannya. ku tahu ayah kecewa dalam gembira...kecewa tak mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna n gembira semestinya kerana diri ini saja yg menerima tawaran sebegini. Malamnya ku tidur bersama linangan air mata. tertanya2 untung nasibku dengan tawaran ini. Dalam hati ku pasakkan keyakinan pada pertolongan Allah. ku yakin Allah bersamaku n akan membantuku.

Malam yg tidurnya bertemankan air mata beralih hari ke 19 Jun 2007. Seawal subuh dengar batuk yg panjang tanpa henti. Ya Allah...ayah! sakit benar kelihatannya. Tercungap2 menahan nafas serta dada yg sakit. Abang bergegas mendapatkan ambulans utk membawa ayah ke klinik kesihatan paka. Keadaan ayah kritikal n perlu dihantar ke hospital Dungun. Beberapa jam di hospital Dungun keadaan ayah masih lagi tidak stabil n terus dihantar ke hospital besar Terengganu. Dan di sinilah juraian air mata yg seakan tidak mahu berhenti dari mengalir. bukan setitis bukan sekadar mengalir perlahan menuruni pipi. Tapi juraian yg maha deras. Otak bagaikan sudah terbelah dua. Sebelah kanannya terkenang ayah. Sebelah kirinya terkenang pada impian bersama harapan yg menggunung. Apabila kedua-duanya bercantum. Nah! air mata mencurah-curah turun bagaikan air terjun! Itulah yg terjadi shga ayah dihantar ke wad bahkan x pernah putus air mata itu. Di sinilah para doktor menuntut keputusan kami anak-anak ayah. bertambah pilu lagi dengan pilihan yg diberikan. Sama ada ayah akan terus bernafas seperti biasa dengan bantuan oksigen atau operation yg mungkin akan sedar atau tiba masanya suis oksigen itu harus dihentikan. Ya Allah...beratnya untuk kami membuat keputusan saat ini. ku tak berhenti keluar masuk dari wad. tak tertahan dengan tangisan yg semakin laju bila memandang wajah ayah. Sampai satu ketika...ayah memanggilku. "dik.." digenggam tanganku. Kejap! Sejuk! Dengan nafas yg terputus-putus ayah berkata-kata. "dik...ayah mintak maaf banyak..." Ya Allah..makin sebak n air mata yg cuba ku tahan di depan ayah terasa hangat kembali! Menangis lagi! Ku faham maksud ayah. pastinya ayah memohon maaf kerana gagal memenuhi impianku. Kesedihan yang datang bertalu-talu. Dengan sedikit kekuatan ku membalas kata-kata ayah. "Ayah, adik pun minta maaf banyak2 pada ayah. Ampunkan segala dosa-dosa adik pada Ayah. Halalkan semuanya yea ayah." Dan ayah masih sempat membalas. "Ayah dah maafkan semua salah silap anak-anak ayah." Kasihnya ayah...

Dan selepas itu ayah tak lagi banyak bercakap. Hanya saling berpandangan n menggunakan isyarat jika memerlukan sesuatu. Pagi berganti petang. Petang berganti malam. Dan malam itu sememangnya kami tidak tidur. Bergilir-gilir menjaga ayah. Malam tu ayah hanya minum. Sempat juga bercakap barang sepatah dua dengan kami. Ku tak putus-putus memohon kemaafan dari ayah walaupun sudah ayah katakan dengan jelas ayah telah memaafkan. Namun hati ini belum terasa puas untuk terus memohon kerana terasa terlalu banyaknya dosa pada ayah. Tak lama selepas itu ayah tidur. Kami sentisa memerhatikan keadaan ayah. Nurse bertugas telah berpesan kepada kami supaya sentisa melihat perkembangan bacaan meter pada alat bantuan pernafasan dan tekanan darah. Diminta segera melaporkan jika kurang daripada bacaan yg ditetapkan. Jam 3.00 pagi bacaan semakin kurang stabil. sekejap naik n sekejap turun. Nafas ayah semakin kedengaran bunyi desahnya. Ayah tak lagi menyahut bila kami memanggilnya. Keadaan ayah sudah "lain". Lantas ku bacakan surah Yassin buat ayah. Bergetar nada bacaan ku menahan sebak. Ku bisikkan ke telinga ayah dengan kalimah Lailahaillallah. Tampak gerak bibirnya cuba mengikut. Ada kaca mata jernih di hujung tubir mata ayah. Sehingga azan subuh kedengaran bacaan meter masih juga tidak stabil seperti tadi. Terasa beratnya mahu meninggalkan ayah dalam keadaan yg tidak menentu begitu. Subuh sudah semakin ke penghujung waktu. Ku gagahkan jua kaki melangkah ke surau asrama penjaga pesakit. Seusai ku berwuduk ada panggilan dari abang. "Adik, cepat sikit. Ayah dah lain benar ni." Dan ku hanya membalas yea pada abang dan talian dimatikan. Namun...sebaik saja mahu mengangkat takbir panggilan masuk bertalu-talu dari abang. Lantas ku menjawab. Jelas dengar suara abang. "Adik...ayah dah tak ada..."

Walaubagaimanapun...tiada tangisan yg mengiringi tatkala ku terima berita itu. Hatiku tenang menerima. Ku selesaikan jua solat subuh yg tertangguh. Usai saja solat terus bergegas ke wad. Hampir ke muka pintu wad ku lihat abang ipar duduk di atas kerusi. Menangis! Sesungguhnya itulah kali pertama ku lihat air mata lelakinya. Hati mula meruntun sayu. Ku terus gagahkan kaki menuju ke katil ayah. Ku lihat sekujur tubuh ayah telah berselimut putih. Ku buka sebahagian selimut yg menutupi wajah ayah. Ku renung seketika wajah ayah n ku dakap kepala ayah. Menitis jua air mata ku. Maka...pergilah ayah menemui penciptaNYA...

Itulah kenangan yang seringkali menemaniku tatkala mengingati ayah. Kini ayah tiada lagi untuk menjadi teman berbicaraku. Tiada lagi tempat untuk ku berbahas hal-hal agama dengan seorang ayah. Hanya bait-bait pesannya mampu ku lakarkan dalam minda ini buat pedoman meniti hidup tanpa ada lagi lindungan kasih seorang ayah.

"Ayah...kini anak ayah dah berusia 23 tahun. Sudah tertunai impian adik. Anak ayah kini dah dewasa. Pesan ayah yang tak pernah adik lupa. "Belajar la betul-betul. Kalau nak kahwin pastikan hidup dah lurus dan terurus. Biar senang hidup sendiri dulu. Esok-esok kalau jadi apa-apa diri sendiri tak susah." Kata-kata yang ku anggap sebagai wasiat ayah. Itulah pesan yang tak pernah lekang dari bibir ayah untuk anak kecilnya ini. Ku adalah anak harapan ayah untuk bina kehidupan sempurna di sisi Allah. Ku tahu ayah menginginkan yang terbaik untuk puteri bongsunya ini. Terlalu banyak pengorbanan ayah untuk diri kecil ini. Hasratku untuk membahagiakan n memberi kesenangan pada ayah untuk kesenangan ku kelak. Ku ingin ayah senyum gembira meniti hari tuanya. Hari yang penuh senyuman dan bukan lagi seraut wajah yang gelisah memikirkan kehidupan anak-anak.

Pernah terdetik di hatiku, andai telah tiba waktunya untuk ku berumahtangga kelak biarlah ayah yang memilih calon menantunya. Biarlah ayah yang mewalikan pernikahanku. Biarlah ayah menerima menantu yang dapat menyayangi dirinya sepenuh hati. Yang boleh menjadi teman berbahasnya. Yang boleh menjadi teman mujahidnya di sisi Allah. Biarlah suami itu bukan untuk ku tetapi anak untuk seorang ayah...Ya Allah...takdirMu mengatasi segala percaturan hamba-hambaMu. "Lafaz Sakinah" ini begitu meruntun hatiku mengenangkan tiada lagi ayah yang ku hajatkan mewalikan pernikahanku andai telah tiba masanya kelak. Ayahhhhhh....

Buat hidup yang masih bersisa ini hanya doa dan amalan baik yang dapat ku kirimkan pada ayah. Moga ku sempat melaksanakan haji untuk ayah dan mak.

"Ayah...adik rindukan ayah...rindu sangat pada bual bicara bicara ayah yang sentiasa menguatkan hati ini d jalan Allah. Ayahlah ayah terbaik yang pernah adik miliki. Tiada yang mampu menggantikan tempat ayah. Ayah...ampunkan segala dosa-dosa adik pada ayah. Halalkan segala pemberian ayah pada adik. Adik berjanji akan berusaha untuk jadi anak yang solehah pada ayah jua mak dan muslimah solehah di sisi Allah. Terima kasih ayah kerana mengajar anak kecil ayah ini mengenal Allah dan mengenal matlamat hidup yang sebenarnya. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan diri ini dengan kematian."

Dalam ku menyelongkar kembali bait-bait ilmu tulisan ayah ku temui satu bingkisan nota "Pesan Ayah".

Pesan Ayah
Wahai anak-anak ku,
Bertauhidlah kamu kepada Allah,
Serta melakukan perintahNYA,
Hidup kita akan berkat,
penuh aman
dan bahagia...

Anak-anakku,
Bertauhidlah kamu kepada Allah,
Sentiasa sabar menghadapi masalah,
Bertenang di dalam semua keadaan,
Jangan ikut nafsu amarah,
Indah dan nikmat hanya sementara,
Banyak menyesal di hari tua...


Ya Allah...bergetar hatiku membacanya. InsyaAllah ayah...akan adik ingat pesan ayah. Itulah Pesan Ayah yang sangat bermakna buatku...

Ayah...
Meski ayah tiada di sisi kini
namun bait-bait butir bicara
dan pesan ayah
sentiasa terpasak kukuh di hati
terpahat kukuh di ingatan.

Ayah...
Biar ayah tiada di sisi kini
doa buat ayah tidak lupa anakanda
titipkan buat ayahanda n bonda tercinta.

Ayah...
Moga ayah tenang dan damai di sana
bersama para solihin dan kekasih Allah
Jauh dari segala azab siksaan
bahagia bersemadi di sana.

Ayah...
Moga ayah bertemu dengan kekasih
hidup ayah
bondaku yang dikasihi
Moga kita bertemu kembali
menyambung kasih perpisahan
kurniaan Allah
di syurgaNYA
yang kekal abadi...

Terima kasih untuk segala-galanya ayah...

Suara Hati Seorang Da'ie

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim...


Sebelum melayar bicara ku panjatkan rasa syukur kpd Allah krna msih dipanjangkan usia pd hari ini. syukur masih diberikan kesempatan untuk berusaha memperbaharui iman untuk hari yg entah akan ada esoknya lagi atau tidak. terasa seperti usia ini semakin meniti ke hujung senja. terasa hiba sekeping hati mengenangkan permohonan demi permohonan maaf dari Yang Maha Esa. entah diterima entah masih di penangguhan waktu untuk diluluskan. bagaimanakah nasib ku di sana kelak. Sedihkah? Gembirakah? Allah...aku telah menghinakan n menzalimi diriku sendiri sedangkan suatu ketika Engkau telah mengurniakan rasa cinta yg paling manis pernah ku rasakan di dunia ini. Rasa cinta yg sukar diungkap dgn kata2 tatkala aku bersamaMU. menangis dalam sujudku menangis pd kudus doa saat ku persembahkan kpdaMU menangis pada zikir yg ku ratibkan memuji2 kebesaran n keagunganMU. teringat esak tangis ku kala mengalunkan bait2 kalamMU.Ya Allah...betapa indahnya saat akrabku bersamaMU...

Ya Allah...
Suatu ketika aku telah terleka dengan kesibukan dunia. aku goyah dengan tuntutan nafsu duniawi. aku kalah dengan janji setiaku padaMU. aku malu dengan himpunan debu2 dosa yang bertebaran melekat di kamar hatiku. dan kali ini Ya Allah..aku kembali ke medan hijrah mencari kembali diriku yang telah kehilangan buat seketika waktu. Ku anggap debu2 dosa lalu itu sebagai suatu ujian buat seorang da'ei yang terlalu lemah imannya sepertiku. Aku redha untuk menerima ujianMU itu Ya Allah n aku mengaku bahawa aku lah yang mencipta dosa2 itu atas kelemahan imanku kepadaMU. Biar apa pun corak warna yang telah tercerna di atas sehelai kain putih akan ku jadikan warna2 yg telah tercerna itu sebagai medan istiqamah untuk aku kembali menagih kemaafanMU. Istiqamah dalam perjuangan pentarbiyahan kembali diri ini ke jalanMU. Ku terima segala apa yg telah terjadi sebagai satu ujian. bukan sebagai suatu medan untuk terus berputus asa menjauh diri dari rahmat keampunan Allah lantaran kecewa dengan kekalahan di medan perjuangan pentarbiyahan menjadi hamba Allah yg mengaku sebenar2nya beriman kpd yang SATU!

Wahai diri...
Bangkitlah meneruskan perjuanganmu. usah berputus asa. rahmat keampuanan Allah itu maha luas. pohonlah sebanyak2nya keampunan dgn kejituan keinsafan serta penyesalan yang saling berpadu. Kini usiamu masih ada. apabila nyawa sudah di halkum usah disesalkan lagi. KERANA SEMUANYA TELAH TERLAMBAT!!!


Aurat Wanita

AURAT WANITA
(Yang kita kata atau yang ada dalam Al Quran)
yang kita cari ialah keredhaan Allah. Bukannya status 'alim' pada
pandangan manusia.

Bila kita bicara mengenai aurat, kita tahu aurat tu kena tutup. Kita pun tahu aurat tu meliputi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan (mazhab Shafie). Kita semua tahu tak tutup aurat berdosa. Kita semua tahu tak tutup aurat hari-hari maknanya hari-harilah kita berdosa. Dan kita semua tahu kalau dah banyak dosa mestilah masuk neraka. Ha! Neraka! Astaghfirulahala'zim. Kita tahu neraka tu tempat yang dasyat. Kita tahu kita tak mampu menahan azab siksa neraka. Kita tahu kita ni tak banyak amalan yang lain. Pendek kata memang kita tahu semua tu, tu, tu, tu dan macam-macam tu. So, sebab kita takut berdosa, kita takut masuk neraka, kita pun tutuplah aurat (kita yang kata...). Kita pakai T-shirt lengan panjang dengan kain , atau pakai baju kurung, lepas tu pakai tudung. Kita pun ucap Alhamdulillah...(ucap Syukur pada Allah tu baguslah!) sebab kita kata kita dah tutup aurat (kita yang kata...). Kadang-kadang kita pakai T-shirt atau kemeja dengan seluar panjang, sebab nak ringkas... yang penting pakai tudung supaya tutup aurat.. takut dosa! (kita yang kata). Pakai tudung pulak warnanya mestilah kena dengan baju.. tudung ikut trend, pakai tudung ada corak bunga-bunga. Pakai tudung pun ada 'style'... dengan keronsang yang berkilau. Tak pe, yang penting tutup aurat (kita yang kata....)
Tapi, kenapa ada golongan yang pakai tudung labuh pulak. Ooo... sebab dia baik sikit atau alim sikit (kita yang kata...). "Aku belum boleh pakai tudung labuh sebab aku ni jahat sikit, kah kah..." aik! Mengaku jahat pun boleh ketawa. Lepas tu ada pulak golongan yang pakai jubah dengan tudung labuh tu. Itulah org yang tinggi ilmu agamanya (kita yang kata....) Pendek kata, memang semuanya kita yang kata. Kata-kata kita pun memang pendek-pendek belaka. Sebab kita guna akal yg pendek. Bila tanya, sekolah agama sampai darjah khas. Tapi, hukum agama main ikut kata sendiri. Islam yang kita lihat sana-sini, penampilan dan keperibadian ditafsirkan mengikut pendapat kita sendiri.... sebab kita yang kata. Tak terfikirkah kita kalau apa yang kita kata tu tak betul. Takut tak dengan azab kubur dan siksa neraka? Eeee... takut! Memang takut. Tapi, tak terfikir ke kita kalau tersilap kata... akhirnya kita boleh masuk neraka. Berdasarkan hadis Rasullullah SAW, "Ramai yang masuk neraka hanya kerana hasil ucapannya sendiri"

-Islam tidak pernah mengkategorikan pakaian menutup aurat mengikut tahap kealiman seseorang.
-satu garis panduan sebagai perintah menutup aurat kepada kaum wanita muslimat. Iaitu menutup aurat mengikut syariat Islam seperti yang tersebut dalam Surah An-Nur ayat 30-31.
-Setiap kaum wanita muslimat itu wajib menutup aurat mengikut syariat Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa kita tidak perlu tunggu sehingga tinggi ilmu agama atau alim baru nak tutup aurat. Hari ni kita masuk Islam, maka hari ni lah kita kena tutup aurat.
-Macam mana pakaian tutup aurat tu? Pakaian menutup aurat mestilah menepati konsep dan ciri-cirinya seperti mana yang disarankan oleh Nabi junjungan SAW. Yang dikatakan telah menutup aurat ialah apabila kita telah menutup seluruh tubuh badan serta perhiasan yang ada pada diri kita samaada perhiasan semulajadi atau tidak. Dengan erti kata yang lain, bila kita pakai pakaian menutup aurat, janganlah pula pakaian tu ada unsur-unsur perhiasan. Untuk memudahkan bicara, kita sebut pakaian tutup aurat tu sebagai hijab.

Hijab adalah wajib ke atas wanita Islam seperti mana wajibnya solat dan puasa. Jika seseorang muslimat tidak memakainya atau mengingkari kewajipannya maka jatuhlah Islamnya dan menjadi murtad. Sebaliknya jika ia tidak memakai tetapi mengakui wajibnya berhijab (tidak mengingkari) cuma tak pakai sebab ikut trend semasa dan sebagainya, maka dia adalah 'aasiah' (derhaka) terhadap perintah Allah SWT yang menyuruh dia berhijab seperti yang tersebut di dalam ayat 59 surah Al Ahzab. Oleh yang demikian wahai para muslimat, patuhilah perintahNya atau adakah anda ingin termasuk golongan murtad atau penderhaka kepada Khaliq (pencipta)?
Saudari para muslimat yang dihormati, selagi pakaian kita tidak menepati ciri-ciri 'hijab', selagi itulah kita belum menutup aurat. Tiada istilah 'dah tutup aurat tapi tak lengkap atau tutup aurat lengkap'. Istilah yang wujud hanyalah ' tutup aurat atau buka aurat'. Dan jika memakai seluar panjang atau baju kurung sutera dengan warna-warni serta corak bunga yang indah berserta tudung atau selendang yang juga 'indah' itu telah menutup aurat, maka mengapa ada wanita lain yang memakai jubah yang luas serta tudung labuh. Apakah mereka ini alim atau tinggi ilmu agama? Apakah orang lain yang tidak alim maka tidak layak memakai pakaian jubah yang luas? Sedangkan yang menentukan tahap kealiman seseorang itu hanya Allah SWT. Orang yang beribadat bertahun-tahun pun belum tentu masuk syurga. Ini jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu bagaimana Allah menilai para hambanya. Yang kita dapat lakukan ialah meningkatkan ilmu agama dari masa ke semasa dan berusaha sedaya mungkin (tanpa jemu) untuk mencari keredhaan Allah.
Saudari para muslimat yang dihormati, buangkanlah salah faham yang ada dalam diri kita. Buangkan jauh-jauh dan tuntutlah ilmu. Bukan kita atau mereka (sape-sape je) yang mentukan seseorang itu alim atau tidak. Menutup aurat yakni memakai hijab itu wajib, kita tak perlu tunggu 'ilmu agama' kita tinggi atau 'alim' baru nak pakai hijab. Menuntut ilmu dari masa ke semasa. Ilmu Allah Maha luas. Sesuai dengan tuntutanNya bahawa menuntut ilmu itu wajib dan sesuai dengan hadis Rasulullah yang menyuruh kita menuntut ilmu walau sampai ke negeri China. Bila kita dah menutup aurat (berhijab), janganlah pula 'over confident', yang kita cari ialah keredhaan Allah. Bukannya status 'alim' pada pandangan manusia. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati mengawal pergerakan hati kita jangan sampai 'riak' atau takbur. Nawaitu (niat) kita perlu dijaga dengan penuh waspada dan merendah diri sesuai dengan status kita sebagai hambaNya.
Apabila kita melihat seorang muslimat itu telah berhijab, bermakna dia telah melaksanakan salah satu daripada tanggungjawabnya. Maka jika kita dapati dia melakukan 'kesilapan' yakni perbuatan mungkar. Jangan sekali-kali kita mengaitkan perbuatan mungkar muslimat tadi dengan pakaian hijabnya. Jangan pandang mereka ibarat kain putih yang mana tercalit sedikit... kita terus menganggap kain itu kotor. Sedangkan jika kita fikir menggunakan akal bijak, kain putih itu masih boleh dibersihkan dan kembali putih dan suci seperti sedia kala. Sama seperti seorang wanita yang berhijab, mereka belum tentu alim. Mereka memakai hijab kerana kewajipan. Maka, apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan mungkar samaada sengaja atau tidak, hendaklah kita menegur dengan cara yang paling baik. Sampaikan pada nya bahawa apa yang dilakukan itu adalah perbuatan mungkar. Samaada dia berdosa atau tidak, Allahualam. Kewajipan kita menegur... kerana tiada manusia yang 'perfect' dalam dunia ni. Jangan mudah mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya tuntutlah ilmu supaya kita tidak taksub dalam beramal atau terburu-terburu mempertikaikan amalan orang lain.
Dengan keberkatan dan keredhaan Allah SWT, apabila kita menjaga aurat sepertimana yang telah disyariatkanNya, semoga kita terpelihara daripada sebarang fitnah dan bala yang boleh merosakkan diri dan umat Islam. Amin.

'Jangan malu untuk beribadat dan jangan pula riak ketika melakukan amal ibadat'

*Moga menjadi pedoman buat diri ini dan kalian sbg wanita Islam

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi♥♥♥

Kisah pedoman buat wanita...
bersama kita hayati...


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Ku Dan Sesuatu...


Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim...

Waaa...lamanya x m'update blog. smpai da ada yg rindu nk membaca. ekekeke...maaf yea. bukan x ada idea..tp berlambak2.cuma tangan ni aje yg x betah lagi nk menaip. lagi pun bru je beransur elok badan ni. alhamdulillah...

bukannya apa...2 3 hari lpas banyak melihat blog teman2. ada 1 blog tu berhari2 sy baca. sy meneroka dari awal entry nye. bayangkan dri januari 2008 shgga la ke saat ini. itu pun blum hbs baca lg. menarik sangat2 blognye. menarik dari segi pengisiannya! bukan sekadar bercerita ttg soal kehidupannya sahaja malah pelbagai. macam2 la...membacanya menyuntik semangat baru buat diri saya. sbb tu la sy nekad utk meneroka n menggali semula entrynya dri awal. kisah pengembaraan bsama blog ni akan sy cerita khusus pd next post. tgguuu....

Alhamdulillah...sy rasa syukur sangat3 sbb Allah telah mengurniakan saya sahabat2 yg insyaAllah blh memimpin sy bersama mereka utk mencapai kbhgiaan dunia wa akhirat...byk yg sy belajar dgn insan2 ini. perkongsian demi perkongsian membibitkan rasa kasih yg kian bercambah pd talian ukhwah yg terbina. sungguh, semakin bertambah sahabat2 yg dicari2 selama ini. sejak dulu sy mendambakan sahabat2 yg berupaya memimpin sy pd matlamat sbuah kehidupan. namun ketika itu ketika sy mengharapkannya ia tidak wujud. meski seorg pn ckuplah. supaya apb sy mula tersasar dr jalanNYA ada yg menegur ada yg mengingatkn sy pd azab di akhirat kelak. lama sy mencari tidak ketemu jua. dan kini sahabat2 itu semakin berada di sekitar sy. Alhamdulillah syukur Ya Allah...

Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memeberikan bayangan yang sesuai apa adanya yang dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia akan mncerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.
Jom kita tengok Ciri2 cermin yang dapat kita ibaratkan seumpama sahabat:

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela,
tapi ia akan katakan kotoran yang melekat
pada tubuh kitadengan lembut,
sehingga denganspontan kita akan mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah memperlihatkan
wajah orang yang bercermin di hari kelmarin
kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
siapa saja yang berdiri dihadapannya
tidak pernah ditolaknya baik itu orang
yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
cermin selalu siap dipakai bila-bila masa.
Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin
dihadapannya dan dilakukannya
dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
berbagai tingkah laku dan gaya orang
yang berdiri dihadapannya,
hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
diantara sifat cermin adalah berterus terang
dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,
tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin,
jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : "Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi semata karena Allah."

Alhamdulillah..sy bersyukur sgt2 kerana telah dikurniakan teman2 yg sama dalam satu matlamat iaitu mengejar cinta Allah. meski ada yg belum pernah ku temui secara empat mata namun itu bukanlah halangan utk sy menghargai kalian dlm hidup ini. terlalu mahal harga sebuah ukhwah antara kita utk sy sia-siakan. hanya Allah saja yg Maha Mengetahui betapa sy begitu mencintai kalian sahabat2 ku...

sesekali ku mendengar berita kedukaan mahupun berita kesakitan kalian terasa ingin saja terbang terus menemui kalian. agar bahu ini mampu ku jadikan sandaran alas air mata duka mu. andai kau sakit biarlah tangan bahkan seluruh kudrat badan ku kerahkan buat meringankan beban kesakitan kalian. yea...andai itu mampu ku lakukan buatmu sahabat2 ku diri ini akan berasa puas agar ku mampu tersenyum lebar, puas n bahagia melepaskan kalian kala kali terakhir mata ini tertutup buat selama-lamanya...

Tiada mutiara sebening cinta..

Tiada sutra sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan...


***Bicara tulus dari hatiku buatmu sahabat2 yg ku cintai. uhibbukun fillah!