PESAN AYAH

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...terasa beratnya mahu meluah rasa pd entry kali ini. berat bersama hati yg sebak dan linangan air mata. hati terundang sebak pd sebuah lagu "Lafaz Sakinah". rindunya pd ayah...

Tanggal 20 Jun 2010...genaplah 3 tahun arwah ayah kembali ke pangkuan pemiliknya. masih terasa kehangatan sembang mesra antara kami. Dialah ayah yg sentiasa mengingatkan diri ini pada matlamat sebuah kehidupan. Dialah seorang ayah yg sentiasa mengingatkan diri ini pd Allah. Bila saja ada kelapangan berbicara pastinya arwah membisikkan kepadaku tentang Zat, Sifat dan Af'aa Allah. Sifat 20. Kalimah Syahadah dan apa sebenarnya yg dikatakan beriman kpd Allah. Apa itu ILLAH? Apa itu ILLALLAH serta kalimah-kalimah lain yg terkandung dalam syahadah. Dialah seorang ayah yg mengajarkan diri ini segala-galanya tentang ilmu untuk mengenal Allah. Mana mungkin akan ku ketemu seorang ayah yg bisa berbicara soal2 ketuhanan sepertinya. Dalam mengejar nafas yg hanya berbantukan mesin pembekal oksigen bersama lingkaran tiub yg x pernah lekang dari hidungnya, arwah masih menitipkan bait2 bicara berupa pesanan dan bertinta pada buku2 catatan. kini buku2 n kitab itu menjadi wasiat kpda diri ini, abang n kakak2...

Sejak pulang dari universiti tiba2 teringat kembali pada segala buku2 catatan arwah. runtun hatiku membaca bait demi bait tulisannya tentang ilmu2 ketuhanan. Ada sebak yang melanda. terasa seolah2 masih basah dakwat penanya. terasa seperti baru semalam arwah menarikan tangannya mencatit segala ilmu yg dipelajarinya. Apa tujuannya??? Tujuannya adalah untuk menjadi tatapan buat anak-anak yg bakal ditinggalkan. Ya Allah...ayah..betapa hebatnya kasihmu pd anak-anak. Kini, ayah telah pergi ke sisi penciptanya. Masih terbayang di ruang mata sekujur tubuh terbaring kaku di katil penghujung sudut hospital. Dia telah kembali... moga Ayah kembali ke sisi Allah sebagai kekasihNYA. Amin... Dia seorang ayah yg hebat dengan ketulusan hatinya mengasihi anak-anak n ketulusan hatinya mencari cinta Allah.

Terlalu banyak dosa dalam diri ini pd seorang ayah. namun ku tahu...ayah sentiasa memaafkan anak-anaknya. Kata ayah, "ayah selalu maafkan anak-anak ayah. Sebab ayah tak nak anak-anak ayah susah..." susah yang dimaksudkan ayah ialah balasan Allah di dunia n di akhirat pada anak-anaknya. Kasihnya seorang ayah... mak yg pergi lebih awal meninggalkan kami membuatkan segala kasih kami adik beradik tertumpu pd ayah. namun pd mak tidak kami lupa untuk sentisa mengirim doa n menziarahi pusaranya. Diri inilah yg sentiasa menemani ayah di rumah keduanya. hospital jugalah yg menjadi rumah keduaku sepanjang hayat ayah. kini sebut saja hospital pastinya ku terkenang pd ayah n seluruh kenangan bersamanya. Betapa sayunya hati ini apabila memutar kembali kali terakhir ayah di rumah keduanya. aku, kakak n abang bagai disiat2 melihat penderitaan seorang ayah. Betapa sukarnya untuk ayah menarik satu nafas kepada nafas yg seterusnya meski berbantukan bekalan oksigen.

Pada waktu itu kami harus membuat keputusan untuk kehidupan ayah. kehidupan ayah untuk hari2 seterusnya bagaikan berada di tangan kami. salah kami membuat pertimbangan natijahnya hanya mampu memandang seorang ayah yang masih bernafas tapi x bergerak. hanya kaku di pembaringan hospital. hari yg ku masih ingat tarikhnya 19 Jun 2007. Hari yg penuh dengan juraian air mata...sehari sebelum tu 18 Jun 2007 ku telah menerima tawaran yg diimpikan selama ni. "Tahniah! Anda diterima melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak." itulah ayat yg ku baca pd skrin komputer di library. Perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. Hajat untuk berkongsi berita kegembiraan ini bersama ayah hanya ku pendamkan saja seketika. Hari ni ayah memang dah nampak "lain". tak bercakap dan kurang reaksinya. ku pasti bla diberitahu pasti ayah akan berasa sedih. PASTI! ku faham perasaan ayah. ayah kecewa kerana sentiasa saja hajat ku terhalang untuk berpindah alam pendidikan. Dari form 4 lagi hajatku sentiasa berlalu sepi. ku tahu ayah berasa kecewa kerana tak dapat memenuhi hajat n keiginanku.

Lantaran perasaan yg terlalu gembira dgn kejayaan itu dan ingin diraikan, ku maklumkan jg pada abang. Namun reaksinya cukup mendukacitakan. Hampir menitis air mataku. "Macam mana nak pergi. tengoklah keadaan ayah tu. duit pun tak ada." hati dh sebak tp ditahan jua air mata dari gugur di hadapan abang. sememangnya ku x betah menangis di depan orang. namun rasa yg x tertahan itu ku layarkan jua pada ayah. ku maklumkan tentang tawaran tu. dan seperti yg dijangka. hanya sepi sebagai jawapannya. ku tahu ayah kecewa dalam gembira...kecewa tak mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna n gembira semestinya kerana diri ini saja yg menerima tawaran sebegini. Malamnya ku tidur bersama linangan air mata. tertanya2 untung nasibku dengan tawaran ini. Dalam hati ku pasakkan keyakinan pada pertolongan Allah. ku yakin Allah bersamaku n akan membantuku.

Malam yg tidurnya bertemankan air mata beralih hari ke 19 Jun 2007. Seawal subuh dengar batuk yg panjang tanpa henti. Ya Allah...ayah! sakit benar kelihatannya. Tercungap2 menahan nafas serta dada yg sakit. Abang bergegas mendapatkan ambulans utk membawa ayah ke klinik kesihatan paka. Keadaan ayah kritikal n perlu dihantar ke hospital Dungun. Beberapa jam di hospital Dungun keadaan ayah masih lagi tidak stabil n terus dihantar ke hospital besar Terengganu. Dan di sinilah juraian air mata yg seakan tidak mahu berhenti dari mengalir. bukan setitis bukan sekadar mengalir perlahan menuruni pipi. Tapi juraian yg maha deras. Otak bagaikan sudah terbelah dua. Sebelah kanannya terkenang ayah. Sebelah kirinya terkenang pada impian bersama harapan yg menggunung. Apabila kedua-duanya bercantum. Nah! air mata mencurah-curah turun bagaikan air terjun! Itulah yg terjadi shga ayah dihantar ke wad bahkan x pernah putus air mata itu. Di sinilah para doktor menuntut keputusan kami anak-anak ayah. bertambah pilu lagi dengan pilihan yg diberikan. Sama ada ayah akan terus bernafas seperti biasa dengan bantuan oksigen atau operation yg mungkin akan sedar atau tiba masanya suis oksigen itu harus dihentikan. Ya Allah...beratnya untuk kami membuat keputusan saat ini. ku tak berhenti keluar masuk dari wad. tak tertahan dengan tangisan yg semakin laju bila memandang wajah ayah. Sampai satu ketika...ayah memanggilku. "dik.." digenggam tanganku. Kejap! Sejuk! Dengan nafas yg terputus-putus ayah berkata-kata. "dik...ayah mintak maaf banyak..." Ya Allah..makin sebak n air mata yg cuba ku tahan di depan ayah terasa hangat kembali! Menangis lagi! Ku faham maksud ayah. pastinya ayah memohon maaf kerana gagal memenuhi impianku. Kesedihan yang datang bertalu-talu. Dengan sedikit kekuatan ku membalas kata-kata ayah. "Ayah, adik pun minta maaf banyak2 pada ayah. Ampunkan segala dosa-dosa adik pada Ayah. Halalkan semuanya yea ayah." Dan ayah masih sempat membalas. "Ayah dah maafkan semua salah silap anak-anak ayah." Kasihnya ayah...

Dan selepas itu ayah tak lagi banyak bercakap. Hanya saling berpandangan n menggunakan isyarat jika memerlukan sesuatu. Pagi berganti petang. Petang berganti malam. Dan malam itu sememangnya kami tidak tidur. Bergilir-gilir menjaga ayah. Malam tu ayah hanya minum. Sempat juga bercakap barang sepatah dua dengan kami. Ku tak putus-putus memohon kemaafan dari ayah walaupun sudah ayah katakan dengan jelas ayah telah memaafkan. Namun hati ini belum terasa puas untuk terus memohon kerana terasa terlalu banyaknya dosa pada ayah. Tak lama selepas itu ayah tidur. Kami sentisa memerhatikan keadaan ayah. Nurse bertugas telah berpesan kepada kami supaya sentisa melihat perkembangan bacaan meter pada alat bantuan pernafasan dan tekanan darah. Diminta segera melaporkan jika kurang daripada bacaan yg ditetapkan. Jam 3.00 pagi bacaan semakin kurang stabil. sekejap naik n sekejap turun. Nafas ayah semakin kedengaran bunyi desahnya. Ayah tak lagi menyahut bila kami memanggilnya. Keadaan ayah sudah "lain". Lantas ku bacakan surah Yassin buat ayah. Bergetar nada bacaan ku menahan sebak. Ku bisikkan ke telinga ayah dengan kalimah Lailahaillallah. Tampak gerak bibirnya cuba mengikut. Ada kaca mata jernih di hujung tubir mata ayah. Sehingga azan subuh kedengaran bacaan meter masih juga tidak stabil seperti tadi. Terasa beratnya mahu meninggalkan ayah dalam keadaan yg tidak menentu begitu. Subuh sudah semakin ke penghujung waktu. Ku gagahkan jua kaki melangkah ke surau asrama penjaga pesakit. Seusai ku berwuduk ada panggilan dari abang. "Adik, cepat sikit. Ayah dah lain benar ni." Dan ku hanya membalas yea pada abang dan talian dimatikan. Namun...sebaik saja mahu mengangkat takbir panggilan masuk bertalu-talu dari abang. Lantas ku menjawab. Jelas dengar suara abang. "Adik...ayah dah tak ada..."

Walaubagaimanapun...tiada tangisan yg mengiringi tatkala ku terima berita itu. Hatiku tenang menerima. Ku selesaikan jua solat subuh yg tertangguh. Usai saja solat terus bergegas ke wad. Hampir ke muka pintu wad ku lihat abang ipar duduk di atas kerusi. Menangis! Sesungguhnya itulah kali pertama ku lihat air mata lelakinya. Hati mula meruntun sayu. Ku terus gagahkan kaki menuju ke katil ayah. Ku lihat sekujur tubuh ayah telah berselimut putih. Ku buka sebahagian selimut yg menutupi wajah ayah. Ku renung seketika wajah ayah n ku dakap kepala ayah. Menitis jua air mata ku. Maka...pergilah ayah menemui penciptaNYA...

Itulah kenangan yang seringkali menemaniku tatkala mengingati ayah. Kini ayah tiada lagi untuk menjadi teman berbicaraku. Tiada lagi tempat untuk ku berbahas hal-hal agama dengan seorang ayah. Hanya bait-bait pesannya mampu ku lakarkan dalam minda ini buat pedoman meniti hidup tanpa ada lagi lindungan kasih seorang ayah.

"Ayah...kini anak ayah dah berusia 23 tahun. Sudah tertunai impian adik. Anak ayah kini dah dewasa. Pesan ayah yang tak pernah adik lupa. "Belajar la betul-betul. Kalau nak kahwin pastikan hidup dah lurus dan terurus. Biar senang hidup sendiri dulu. Esok-esok kalau jadi apa-apa diri sendiri tak susah." Kata-kata yang ku anggap sebagai wasiat ayah. Itulah pesan yang tak pernah lekang dari bibir ayah untuk anak kecilnya ini. Ku adalah anak harapan ayah untuk bina kehidupan sempurna di sisi Allah. Ku tahu ayah menginginkan yang terbaik untuk puteri bongsunya ini. Terlalu banyak pengorbanan ayah untuk diri kecil ini. Hasratku untuk membahagiakan n memberi kesenangan pada ayah untuk kesenangan ku kelak. Ku ingin ayah senyum gembira meniti hari tuanya. Hari yang penuh senyuman dan bukan lagi seraut wajah yang gelisah memikirkan kehidupan anak-anak.

Pernah terdetik di hatiku, andai telah tiba waktunya untuk ku berumahtangga kelak biarlah ayah yang memilih calon menantunya. Biarlah ayah yang mewalikan pernikahanku. Biarlah ayah menerima menantu yang dapat menyayangi dirinya sepenuh hati. Yang boleh menjadi teman berbahasnya. Yang boleh menjadi teman mujahidnya di sisi Allah. Biarlah suami itu bukan untuk ku tetapi anak untuk seorang ayah...Ya Allah...takdirMu mengatasi segala percaturan hamba-hambaMu. "Lafaz Sakinah" ini begitu meruntun hatiku mengenangkan tiada lagi ayah yang ku hajatkan mewalikan pernikahanku andai telah tiba masanya kelak. Ayahhhhhh....

Buat hidup yang masih bersisa ini hanya doa dan amalan baik yang dapat ku kirimkan pada ayah. Moga ku sempat melaksanakan haji untuk ayah dan mak.

"Ayah...adik rindukan ayah...rindu sangat pada bual bicara bicara ayah yang sentiasa menguatkan hati ini d jalan Allah. Ayahlah ayah terbaik yang pernah adik miliki. Tiada yang mampu menggantikan tempat ayah. Ayah...ampunkan segala dosa-dosa adik pada ayah. Halalkan segala pemberian ayah pada adik. Adik berjanji akan berusaha untuk jadi anak yang solehah pada ayah jua mak dan muslimah solehah di sisi Allah. Terima kasih ayah kerana mengajar anak kecil ayah ini mengenal Allah dan mengenal matlamat hidup yang sebenarnya. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan diri ini dengan kematian."

Dalam ku menyelongkar kembali bait-bait ilmu tulisan ayah ku temui satu bingkisan nota "Pesan Ayah".

Pesan Ayah
Wahai anak-anak ku,
Bertauhidlah kamu kepada Allah,
Serta melakukan perintahNYA,
Hidup kita akan berkat,
penuh aman
dan bahagia...

Anak-anakku,
Bertauhidlah kamu kepada Allah,
Sentiasa sabar menghadapi masalah,
Bertenang di dalam semua keadaan,
Jangan ikut nafsu amarah,
Indah dan nikmat hanya sementara,
Banyak menyesal di hari tua...


Ya Allah...bergetar hatiku membacanya. InsyaAllah ayah...akan adik ingat pesan ayah. Itulah Pesan Ayah yang sangat bermakna buatku...

Ayah...
Meski ayah tiada di sisi kini
namun bait-bait butir bicara
dan pesan ayah
sentiasa terpasak kukuh di hati
terpahat kukuh di ingatan.

Ayah...
Biar ayah tiada di sisi kini
doa buat ayah tidak lupa anakanda
titipkan buat ayahanda n bonda tercinta.

Ayah...
Moga ayah tenang dan damai di sana
bersama para solihin dan kekasih Allah
Jauh dari segala azab siksaan
bahagia bersemadi di sana.

Ayah...
Moga ayah bertemu dengan kekasih
hidup ayah
bondaku yang dikasihi
Moga kita bertemu kembali
menyambung kasih perpisahan
kurniaan Allah
di syurgaNYA
yang kekal abadi...

Terima kasih untuk segala-galanya ayah...

No comments:

Post a Comment