Ku Dan Sesuatu...


Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim...

Waaa...lamanya x m'update blog. smpai da ada yg rindu nk membaca. ekekeke...maaf yea. bukan x ada idea..tp berlambak2.cuma tangan ni aje yg x betah lagi nk menaip. lagi pun bru je beransur elok badan ni. alhamdulillah...

bukannya apa...2 3 hari lpas banyak melihat blog teman2. ada 1 blog tu berhari2 sy baca. sy meneroka dari awal entry nye. bayangkan dri januari 2008 shgga la ke saat ini. itu pun blum hbs baca lg. menarik sangat2 blognye. menarik dari segi pengisiannya! bukan sekadar bercerita ttg soal kehidupannya sahaja malah pelbagai. macam2 la...membacanya menyuntik semangat baru buat diri saya. sbb tu la sy nekad utk meneroka n menggali semula entrynya dri awal. kisah pengembaraan bsama blog ni akan sy cerita khusus pd next post. tgguuu....

Alhamdulillah...sy rasa syukur sangat3 sbb Allah telah mengurniakan saya sahabat2 yg insyaAllah blh memimpin sy bersama mereka utk mencapai kbhgiaan dunia wa akhirat...byk yg sy belajar dgn insan2 ini. perkongsian demi perkongsian membibitkan rasa kasih yg kian bercambah pd talian ukhwah yg terbina. sungguh, semakin bertambah sahabat2 yg dicari2 selama ini. sejak dulu sy mendambakan sahabat2 yg berupaya memimpin sy pd matlamat sbuah kehidupan. namun ketika itu ketika sy mengharapkannya ia tidak wujud. meski seorg pn ckuplah. supaya apb sy mula tersasar dr jalanNYA ada yg menegur ada yg mengingatkn sy pd azab di akhirat kelak. lama sy mencari tidak ketemu jua. dan kini sahabat2 itu semakin berada di sekitar sy. Alhamdulillah syukur Ya Allah...

Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memeberikan bayangan yang sesuai apa adanya yang dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia akan mncerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.
Jom kita tengok Ciri2 cermin yang dapat kita ibaratkan seumpama sahabat:

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela,
tapi ia akan katakan kotoran yang melekat
pada tubuh kitadengan lembut,
sehingga denganspontan kita akan mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah memperlihatkan
wajah orang yang bercermin di hari kelmarin
kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
siapa saja yang berdiri dihadapannya
tidak pernah ditolaknya baik itu orang
yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
cermin selalu siap dipakai bila-bila masa.
Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin
dihadapannya dan dilakukannya
dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
berbagai tingkah laku dan gaya orang
yang berdiri dihadapannya,
hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
diantara sifat cermin adalah berterus terang
dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,
tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin,
jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : "Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi semata karena Allah."

Alhamdulillah..sy bersyukur sgt2 kerana telah dikurniakan teman2 yg sama dalam satu matlamat iaitu mengejar cinta Allah. meski ada yg belum pernah ku temui secara empat mata namun itu bukanlah halangan utk sy menghargai kalian dlm hidup ini. terlalu mahal harga sebuah ukhwah antara kita utk sy sia-siakan. hanya Allah saja yg Maha Mengetahui betapa sy begitu mencintai kalian sahabat2 ku...

sesekali ku mendengar berita kedukaan mahupun berita kesakitan kalian terasa ingin saja terbang terus menemui kalian. agar bahu ini mampu ku jadikan sandaran alas air mata duka mu. andai kau sakit biarlah tangan bahkan seluruh kudrat badan ku kerahkan buat meringankan beban kesakitan kalian. yea...andai itu mampu ku lakukan buatmu sahabat2 ku diri ini akan berasa puas agar ku mampu tersenyum lebar, puas n bahagia melepaskan kalian kala kali terakhir mata ini tertutup buat selama-lamanya...

Tiada mutiara sebening cinta..

Tiada sutra sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan...


***Bicara tulus dari hatiku buatmu sahabat2 yg ku cintai. uhibbukun fillah!







No comments:

Post a Comment