Suara Hati Seorang Da'ie

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim...


Sebelum melayar bicara ku panjatkan rasa syukur kpd Allah krna msih dipanjangkan usia pd hari ini. syukur masih diberikan kesempatan untuk berusaha memperbaharui iman untuk hari yg entah akan ada esoknya lagi atau tidak. terasa seperti usia ini semakin meniti ke hujung senja. terasa hiba sekeping hati mengenangkan permohonan demi permohonan maaf dari Yang Maha Esa. entah diterima entah masih di penangguhan waktu untuk diluluskan. bagaimanakah nasib ku di sana kelak. Sedihkah? Gembirakah? Allah...aku telah menghinakan n menzalimi diriku sendiri sedangkan suatu ketika Engkau telah mengurniakan rasa cinta yg paling manis pernah ku rasakan di dunia ini. Rasa cinta yg sukar diungkap dgn kata2 tatkala aku bersamaMU. menangis dalam sujudku menangis pd kudus doa saat ku persembahkan kpdaMU menangis pada zikir yg ku ratibkan memuji2 kebesaran n keagunganMU. teringat esak tangis ku kala mengalunkan bait2 kalamMU.Ya Allah...betapa indahnya saat akrabku bersamaMU...

Ya Allah...
Suatu ketika aku telah terleka dengan kesibukan dunia. aku goyah dengan tuntutan nafsu duniawi. aku kalah dengan janji setiaku padaMU. aku malu dengan himpunan debu2 dosa yang bertebaran melekat di kamar hatiku. dan kali ini Ya Allah..aku kembali ke medan hijrah mencari kembali diriku yang telah kehilangan buat seketika waktu. Ku anggap debu2 dosa lalu itu sebagai suatu ujian buat seorang da'ei yang terlalu lemah imannya sepertiku. Aku redha untuk menerima ujianMU itu Ya Allah n aku mengaku bahawa aku lah yang mencipta dosa2 itu atas kelemahan imanku kepadaMU. Biar apa pun corak warna yang telah tercerna di atas sehelai kain putih akan ku jadikan warna2 yg telah tercerna itu sebagai medan istiqamah untuk aku kembali menagih kemaafanMU. Istiqamah dalam perjuangan pentarbiyahan kembali diri ini ke jalanMU. Ku terima segala apa yg telah terjadi sebagai satu ujian. bukan sebagai suatu medan untuk terus berputus asa menjauh diri dari rahmat keampunan Allah lantaran kecewa dengan kekalahan di medan perjuangan pentarbiyahan menjadi hamba Allah yg mengaku sebenar2nya beriman kpd yang SATU!

Wahai diri...
Bangkitlah meneruskan perjuanganmu. usah berputus asa. rahmat keampuanan Allah itu maha luas. pohonlah sebanyak2nya keampunan dgn kejituan keinsafan serta penyesalan yang saling berpadu. Kini usiamu masih ada. apabila nyawa sudah di halkum usah disesalkan lagi. KERANA SEMUANYA TELAH TERLAMBAT!!!


No comments:

Post a Comment