Puisi Sang Daie

malam berganti siang
siang berganti malam
dosa seiring dan sejalan
bersama ayunan langkah mencari arah
dalam teraba-raba tersadung ke lembah duka
sakit berdarah menangis terluka
sendirian mengaduh merintih sepi
di mana aku ke mana aku...

lirih hati memandang lesu
buntu dalam kegelapan
tiada sesiapa membantu
lama tertunduk melagu sendu
lantas mendongak
masih adakah harapan untukku?
terukir senyum terasa nikmat kasihNYA
baru tersedar masih ada yang menyayangi...

dalam kelam DIA menemukan aku cahaya
sakit derita menangis sengsara
rupanya terserlah secangkir pelangi
terhias indah seusai mutiara jernih membasahi bumi
sesejuk embun dinihari meresap enak
ke dalam diri
rupanya masih ada yang sudi menitip kasih
mewangikan haruman syurgawi di dada sepi...

Kala Malam Hati Berbisik

Di tengah kepekatan malam
lena aku baru seketika cuma
belum lagi terulit mimpi
terjaga meraba tercari sesuatu
terlihat layangan ringkas
bagaikan halilintar membelah dada
mata yang terpisat-pisat terus menjadi segar
runtunnya hatiku mendengar sekeping khabar.

Bukan hati tidak gembira menyambut kebahagiaanmu
bukan cinta sepertinya cinta rijal kepada nisa'
hati sekadar pilu
menangisi ruang waktu yang tiadanya lagi seperti dulu
mesramu bukan lagi semesra biasa
gurauanmu bukan lagi senda tawa mu yang ku kenali
kau kini telah berubah
jurang lebih besar bakal tercipta
pergimu menyempurnakan sunnah
lantas bagaimanakah aku???
baru terasa ingin bermesra denganmu
merasa nikmatnya berukhwah dengan insan sepertimu
tapi....
seakan telah hilang serinya sebelum waktu.

Malam beransur dinihari
sendirian merenungi bumbung tempat berteduh
terkenang pada embun di luar
pastinya sedang setia bersama dedaunan hijau
hadirnya menemani sebentar cuma
kala mentari menjengah kekeringanlah ia
tersayat pilu hati ku
benarlah seperti namamu
hadirmu sementara cuma
kini aku sendirian bakal ditinggalkan.
moga bahagia menemani perjalanan hidupmu sahabatku...


Assalamualaikum...

Sya'aban hanya tinggal beberapa hari saja lg.Ramadhan pula akan menjelang tiba.Alhamdulillah hati ini diberikan hidayah n kekuatan utk bermujahadah mengisi ruang2 sya'aban yg masih bersisa.Dengan slogan ku cipta sendiri buat peringatan diri "KURANGKAN MAKAN KURANGKAN TIDUR TINGGALKAN AMAL PERBUATAN YG TIADA KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT TINGKATKAN AMAL IBADAT" ku teruskan niat istiqamah warming up sebagai persediaan menghadapi RAMADHAN yg mulia penuh barakah.

Masuk saja fasa kedua sya'aban sudah mula seruan menyambut kedatangan ramadhan.Wall facebook penuh menyebut tentang ramadhan."selamat menyambut ramadhan". "marhaban ramadhan", "salam ramadhan" n macam2 lagi.Entah mengapa jiwa sentiasa bergetar membaca seruan2 ini.Ada visi n misi telah tercipta untuk ramadhan kali ini.Barangkali risau dengan persediaan yang masih rapuh untuk menjayakan visi n misi itu.Ada satu keinginan yg maha hebat memukul2 hati supaya segera ditunaikan.Ada harapan pd Rabb moga keyakinan,kekuatan n kepastian itu makin teguh buat menyempurnakan impian sekeping hati.

Dalam meniti ruang mujahadah terselit mehnah buat diri.Teruji lagi pada ikatan sebuah persahabatan.Dalam api keteguhan mula membara menyambut kedatangan ramadhan keikhlasan diuji kesabaran diduga.Benarkah hati ini benar2 ikhlas dalam berukhwah kerana Allah? Terasa itulah yg harus dicari di balik ujian yg dihadirkanNYA buat diri.Bumi mana tidak ditimpa hujan.Laut mana yg tidak bergelora.Pokok mana yg tidak bergoyang.Ukhwah yg didasarkan pd Allah dihempas badai dugaan.Pastinya tiada yg mengharap ukhwah yg baru suam-suam kuku dibina mula bergolak rasa.

Hampir seminggu kedinginan terasa hati ini tidak betah diam seribu bahasa meski terlihat ketawa ceria.Bukan namanya aku jika diri ini mampu membiarkan saja kasih persahaban yg teruji.Aku tidak betah berdiam diri sekadar membiarkan waktu yg memulihkan keadaan.Tidakkkkkkkkkk sama sekali! Tidur ku tak lena.Lapar mungkin terisi tapi kunyahannya pasti terasa payah untuk ditelan.

Tidak betah membiarkan keadaan ini semakin parah.Lantas ku memilih jalan sepi sendirian.Biar bangun tak berkejut.sms tak berbalas.Gurau senda seakan mati.Ku mencari ketenangan di sisi Ilahi.Zikir lahir n batin terlafaz membenarkan hati redha menerimanya.Bukan aku kecewa pada apa yg terhulur tak setimpal balasannya.Tidak! Kerana telah aku katakan "Biarkan saja DIA membalas dengan caraNYA".Yang melahirkan rasa kasih ini adalah DIA.maka bukanlah aku yg memberi melahirkan rasa mencurahkan kasih.Bagaimana ingin aku tuntut pembalasan atas nilaiannya yg diberi sedang rasa di hatimu jua DIA yg melahirkannya.Bukan aku yg memberi dan bukan kamu yg membalas.Tetapi DIA.Lalu sebanyak mana yg datang darimu aku menempa redha wahai sahabat.

Hatiku hanya sekadar terusik dengan kedinginan yg melanda.Tertanya-tanya pada diri adakah semuanya kesan dari kesilapanku.Terus aku selam ke dasar lautan hati mencari jawapannya.Renangan belum ku temui rentak tatkala itu tersadung aku pada pintalan permintaanmu.Sungguh aku terkedu.tiada lagi "adik" yg kamu mahukan.kemesraan semakn menjauh ku rasa.Alasanmu sukar bagi akalku untuk mengiyakannya.

Lantaran itu aku mencari waktu untuk berfikir mehnah yg melanda.Jika ada ruang untuk ku mengiyakan alasanmu dengan akal bukan pada rasa hatiku.Ingin aku susuri kembali perjalanan ukhwah kita.Mencari-cari barangkali ada kejanggalan rasa di hatimu kala berbahasa denganku.Saat ini juga aku masih tercari-cari.Diam bukan bermakna aku membencimu bukan bermakna sudut pengakhiran yg ku cari buat satu ikatan ukhwah yg terbina antara kita.

Tetapi aku memberi waktu pada diri ini dan dirimu buat menyelusuri kembali jambatan keikhlasan dalam berukhwah.Aku mencari-cari jika ada sebesar zarah ketidakikhlasan dalam hati ini sehingga sukar membenarkan "kebiasaan" telah kamu maksudkan padaku.Aku ingin memberimu waktu untuk mencari keikhlasan pd keputasan yg telah kamu sampaikan padaku.Benarkah kerana kamu sudah biasa begitu atau keputusanmu adalah sekadar pengaruh dari sekeping hati yg malu pd manusia.

Kemesraan dulu telah sebati teradun dalam jiwaku.Episod baru yg ingin kamu buka sedikit mengusik jiwaku yg telah sebati itu.Kemesraan kita bukan mesra sekadar bergurau senda.Kemesraan kita tersulam dalam dambaan pengisian...pengisian dalam mencari redha Rabb Yang Maha Berkuasa dunia akhirat.

Sudah panjang hatiku berbicara sendiri.Izinkan aku berhenti di sini.Bimbang coretan panjangku bisa merobek hatimu sahabat n adik yg ku kasihi.Moga ujian ini bukanlah mehnah yg menjarakkan kemesraan namun mentautkan lagi rasa kasih yg maha dalam dalam berukhwah keranaNYA.

Buat sahabat n adikku...ukhwah fillah abadan abada.UHIBBUKI FILLAH WA MUSHTAQATT ILAYKI...

Aku Musafir Cinta

Assalamualaikum w.b.t...

Ya Allah...bergenang air mataku saat ini.aku rindu padaMu ya Allah.rindu untuk bertamu di rumahMu.rindu untuk sujud dalam syahdu dalam waktu hanya antara aku n Engkau.daku rindukan waktu2 bersamaMu Ya Allah.aku rindu pada ukhwah yg mengajak aku ke jalanMu.aku rindu pada majlis-majlis ilmu yg bisa menggetarkan jiwaku tatkala mengenangkanMu Ya Allah.aku terlalu rindu Ya Allah.

Ya Allah...jika suatu ketika dahulu hatiku pernah terisi dengan cinta palsu kini hati ini telah aku kosongkon buat mengisi cinta yang hanya kepadaMu.tiada lagi cinta rijal yang mahu aku tadahkan tetapi hanya cintaMu kini yang ingin ku cari.biar sesak nafasku kerana haruman wangian cintaMu.biarlah terasa lelah dalam mengejar kasihMu asal hatiku hanya ada Engkau ya Allah.biar manusia memandang sepi padaku namun jangan Engkau melewati hari-hariku tanpa cintaMu padaku.aku pernah bergelar insan hina yang tertipu dengan cinta duniawi.hari-hari yang dilalui kini hanya mengharapkan rahmat keampunan dan redha di sisiMu.ampunilah daku Ya Allah.ampunilah segala dosa yang membelenggu jiwaku agar aku tenang menggapai redhaMu.

Saat ini tika ini waktu ini telah aku kunci pintu hati ini untuk terpaut pada cinta sang rijal.aku redha dengan jalan pilihanku Ya Allah.ku pohon Kau tegarkanlah langkah ku pada denai yang ku susuri demi hanya kerana redhaMu.aku bahagia melepaskannya pergi dan aku lebih bahagia untuk menyambut salam cinta dariMu.pintu yang telah terkunci itu telah terkatup kemas dan gugusan kuncinya jua telah aku kembalikan kepadaMu.andai ada yang mahu membukanya biarlah insan itu menuntut dariMu.aku bukan milik sesiapa.bukan milik waliku.tetapi aku adalah milikMu.maka biarlah aku berserah kepada siapa Engkau menetapkan bakal memiliki kunci itu sebelum dipulangkan kembali kepadaMu.andai aku mati sebelum ku temui pemilik sementara kunci itu izinkan aku mati dalam dakapan cintaMu.izinkan aku mati dalam ribaan kasihMu.

Ya Allah...
aku mungkin masih belum sempurna untuk syahid sebagai kekasihMu.masih banyak dosa n kesilapan yang harus aku tebus.masih ada tari langkahku yang songsang dalam mencari redha di sisiMu.berikan aku kekuatan untuk menelusuri denai buat meneroka taman indah terhias cinta yang tulus ikhlas hanya padaMu.berikan aku kekuatan untuk terus ampuh mencari cahaya dalam kegelapan yg bukan ku pinta.tautkanlah hatiku untuk suatu kembara mencari erti cinta hakiki agar mampu aku genggam impian sekeping hati....


PERUTUSAN KASIHKU PADAMU SAHABAT

Doa Buat Sahabat


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

DOA DALAM SOLAT YANG SERING DILUPAKAN

BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN ~ ketika duduk antara dua sujud...

Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)..

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)..

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)..

Warfa'nii (angkatlah darjatku)..

Warzuqnii (berilah aku rezeki..)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)..

Wa'Aafinii (sihatkan aku..)

Wa'fuannii (maafkan aku)..

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

KESIMPULAN

Dalamilah doa ini didalam solat sehari-hari kita.=).

Wallahu'alam..

Bisikan Rindu


izinkan aku menjadi kekasihMU Ya Rabb
aku yang ralit dalam sujud padaMu
aku yang leka dalam kudusan harapan padaMu
biar seluruh lautan dosa kesilapanku
tak kan ku hentikan juraian keinsafan
ku persembah mengharapkan rahmat kemaafanMu
agar aku kembali kepadaMu menemui jalan kedamaian...

Monolog Rindu...

Rindu...
secebis rasa yg hadirnya menyentap jiwa
meruntun hati pilu tersulam
dalam sepi memendam rasa
terasa hangat di birai mata..
bagaimana ingin aku usir kerinduan itu
sedang hati sarat bersama kasih yg tercipta
kepadaNYA aku tautkan rasa
moga ada senyum bisa mengubat jiwa duka
untuk aku terus ampuh berdiri
biar tiada kerinduan untuk ku...
aku ingin kuat
aku ingin gagah
aku ingin perkasa
bukan tunduk mengikut nafsu rasa
pasrah dalam redha
moga yang terbaik tetap bersamaku.

Rindu...
mengajar aku erti kesabaran
berserah pada yang Khaliq
bahawa diri ku juga dirindui

Rindu...
engkau datang di singgah sana hatiku
mengocak ketenangan yang ku cari-cari
melukiskan pada ku wajah2 insan
yang sememangnya rindu ini buat mereka
mengertikah mereka wahai rindu?

Rindu...
adakala membahagiakan aku
adakala menyesakkan nafasku
lalu darah di lautan hati
berkocak merempuh dinding hati
memuntahkan lahar kerinduan
membakar segala isi ceria
yang tinggal hanyalah serpihan
harapan
"aku masih dalam ingatanmu"

Sahabat...
itulah rindu sepi ku untuk mu
walau tidak aku nyatakan
kesakitan merinduimu sentiasa menemaniku
terkadang rindu itu tiada suara
untuk melafazkan
tapi sendirian terpendam
menangis terkenang
pada rasa kasih yang tumbuh
tetapi ada jurang yang memisahkan
ada sesuatu yang menjarakkan kita...

Daku rindu padamu sahabat......
andai terkesan di hati mu membaca coretan ini
pastinya rindu ini ku layarkan untukmu sahabatku....

salam sayang salam rindu untuk mu SAHABAT...

Puisi Ku Untuk Mu....

Di kejauhan
ku memandang ke dada laut
mengalun suara hati membicarakan
sesuatu pada sang ombak
yang galak menemani bicara sepi hatiku
dia mendamaikan hati melagukan irama
menghibur jiwa...

Pada ombak ku bisikkan
aku rindu pada wajah itu
aku rindu pada suaranya
aku rindu pada gelak nakalnya.

Embun...
wujudnya kala dinihari
hadirnya pada waktu
sunyi berirama alam
titisannya membekas rasa
pada hamba yang berteman sepi
sepi itu malam
dan hamba itu adalah insan
begitulah ku ibaratkan hadirnya dia
persis nama indah
ku kenali di alam maya.
datang menemani insan sepi sepertiku.

Hadirnya dia
mengetuk kamar hatiku
lantas ku buka
lalu terjah titisnya embun
menyejukkan jiwa
kasih tertaut rindu tersulam
bahagia mewarnai taman hati.
tidak akan aku tutup pintu kamar ini
kerana aku ingin titisannya
sentiasa menerobos ruang waktu
kala aku mencari kasih bahagia di sisiNYA.
suka tawa ku bersambut
duka derita ku dirasai
jerit perit sakit ku ditemani
mana mungkin aku menutup pintu kamar ini
sedang dia memiliki segugus kunci
ditusuk saja pasti terbuka.
lalu ingin aku biarkan saja dia menerpa
memeluk dinding hatiku
aku ingin sentiasa merasai dakapannya
persis embun melatari lantai alam
kala malam mencari siang..

Aku ingin damai bersamamu
persis embun
menyentuh hati penyejuk jiwa
mendamaikan cakerawala alam syurga hati
milik yang kekal Abadi
terima kasih embun kerana
menyentuh hatiku dengan titisan kasihmu
moga kau dan aku
berteman bahagia beriringan senyuman
menuju negeri kekal Abadi
itulah dia al jannah
syurga Allah dambaan hati setiap insan
yang hidup berteman Pecinta setia.

Ombak...
terima kasih kerana setia
mencipta melodi indah
menemani luah bicaraku
melagukan irama yang cukup puitis
bakal ku nyanyikan pada dia
yang menanti gemersik suara hatiku..
warna senja mula menabiri malam
izinkan aku pergi meninggalkanmu
buat seketika waktu
pasti akan ku kembali lagi
mendengar melodi indah mu
yang mendamaikan jiwaku
terimalah senyum hadiahku untukmu
ombak atas setia kasihmu
menemani hatiku ini........

Pantai alam @ 7.15p.m

Ketika akhwat jatuh cinta

Akhwat jatuh cinta...
Tak ada yg aneh, mereka jg adalah manusia.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta?
Mereka jg punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...
Namun sebaliknya...
Ketika akhwat jatuh cinta...
Yg mereka rasakan adalah penyesalan yg amat sangat, atas sebuah hijab yg tersingkap.
Ketika lelaki yg tak halal baginya, bergelayut dlm alam fikirnya, yg mrk rasakan adalah ketakutan yg bgt besar akan cinta y gtak suci lg..
Ketika rasa rindu mulai merekah d hatinya, y mereka rasakan adalah kesedihan yg tak terperih akan sbuah asa yg tak semestinya..

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 yg di penuhi air mata penyesalan atas cintaNya yg ternodai..
Yg ada adalah kegelisahan, krn rasa yg salah arah..
Yg ada adalah penderitaan akan hati yg mulai sakit..

Ketika akhwat jatuh cinta..
Bukan harapan u brtemu yg mrk nantikan, tapi yg ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dr org tsb.
Tak ada kata2 cinta, dan rayu.. Yg ada adalah kehawatiran yg amat sangat akan hati yg mulai merindukan lelaki yg blm halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya..
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yg tak mampu lg memberiny ketenangan di wajahnya yg dulu teduh..
Mrk akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.. Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mrk lakukan..

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta.. Krn yg ada adalah penderitaan..

Tapi ukhti.. Bersabarlah.. Jadikan ini ujian dr Rabbmu..
Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia..
Pasang duri dlm hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai..
Cuci dgn air mata penyesalan akan hijab yg tersingkap..
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah padaNya..
Pupusny rasa rindu padanya dan kembalikan dlm hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Ukhti.. Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya.. Krn bila memang kalian di takdirkan bersama, maka tak akan ada yg dpt mencegah kalian bersatu..
Tp ketahuilah, bgmn pun usaha kalian utk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Ukhti.. Bersabarlah.. Biarkan Allah yg mengaturnya.. Maka yakinlah.. Semuanya akan baik-baik saja..

sumber:Catatan Ummu Sa'ad 'Aztriana'