Monolog Rindu...

Rindu...
secebis rasa yg hadirnya menyentap jiwa
meruntun hati pilu tersulam
dalam sepi memendam rasa
terasa hangat di birai mata..
bagaimana ingin aku usir kerinduan itu
sedang hati sarat bersama kasih yg tercipta
kepadaNYA aku tautkan rasa
moga ada senyum bisa mengubat jiwa duka
untuk aku terus ampuh berdiri
biar tiada kerinduan untuk ku...
aku ingin kuat
aku ingin gagah
aku ingin perkasa
bukan tunduk mengikut nafsu rasa
pasrah dalam redha
moga yang terbaik tetap bersamaku.

Rindu...
mengajar aku erti kesabaran
berserah pada yang Khaliq
bahawa diri ku juga dirindui

Rindu...
engkau datang di singgah sana hatiku
mengocak ketenangan yang ku cari-cari
melukiskan pada ku wajah2 insan
yang sememangnya rindu ini buat mereka
mengertikah mereka wahai rindu?

Rindu...
adakala membahagiakan aku
adakala menyesakkan nafasku
lalu darah di lautan hati
berkocak merempuh dinding hati
memuntahkan lahar kerinduan
membakar segala isi ceria
yang tinggal hanyalah serpihan
harapan
"aku masih dalam ingatanmu"

Sahabat...
itulah rindu sepi ku untuk mu
walau tidak aku nyatakan
kesakitan merinduimu sentiasa menemaniku
terkadang rindu itu tiada suara
untuk melafazkan
tapi sendirian terpendam
menangis terkenang
pada rasa kasih yang tumbuh
tetapi ada jurang yang memisahkan
ada sesuatu yang menjarakkan kita...

Daku rindu padamu sahabat......
andai terkesan di hati mu membaca coretan ini
pastinya rindu ini ku layarkan untukmu sahabatku....

salam sayang salam rindu untuk mu SAHABAT...

No comments:

Post a Comment