Puisi Sang Daie

malam berganti siang
siang berganti malam
dosa seiring dan sejalan
bersama ayunan langkah mencari arah
dalam teraba-raba tersadung ke lembah duka
sakit berdarah menangis terluka
sendirian mengaduh merintih sepi
di mana aku ke mana aku...

lirih hati memandang lesu
buntu dalam kegelapan
tiada sesiapa membantu
lama tertunduk melagu sendu
lantas mendongak
masih adakah harapan untukku?
terukir senyum terasa nikmat kasihNYA
baru tersedar masih ada yang menyayangi...

dalam kelam DIA menemukan aku cahaya
sakit derita menangis sengsara
rupanya terserlah secangkir pelangi
terhias indah seusai mutiara jernih membasahi bumi
sesejuk embun dinihari meresap enak
ke dalam diri
rupanya masih ada yang sudi menitip kasih
mewangikan haruman syurgawi di dada sepi...

Kala Malam Hati Berbisik

Di tengah kepekatan malam
lena aku baru seketika cuma
belum lagi terulit mimpi
terjaga meraba tercari sesuatu
terlihat layangan ringkas
bagaikan halilintar membelah dada
mata yang terpisat-pisat terus menjadi segar
runtunnya hatiku mendengar sekeping khabar.

Bukan hati tidak gembira menyambut kebahagiaanmu
bukan cinta sepertinya cinta rijal kepada nisa'
hati sekadar pilu
menangisi ruang waktu yang tiadanya lagi seperti dulu
mesramu bukan lagi semesra biasa
gurauanmu bukan lagi senda tawa mu yang ku kenali
kau kini telah berubah
jurang lebih besar bakal tercipta
pergimu menyempurnakan sunnah
lantas bagaimanakah aku???
baru terasa ingin bermesra denganmu
merasa nikmatnya berukhwah dengan insan sepertimu
tapi....
seakan telah hilang serinya sebelum waktu.

Malam beransur dinihari
sendirian merenungi bumbung tempat berteduh
terkenang pada embun di luar
pastinya sedang setia bersama dedaunan hijau
hadirnya menemani sebentar cuma
kala mentari menjengah kekeringanlah ia
tersayat pilu hati ku
benarlah seperti namamu
hadirmu sementara cuma
kini aku sendirian bakal ditinggalkan.
moga bahagia menemani perjalanan hidupmu sahabatku...


Assalamualaikum...

Sya'aban hanya tinggal beberapa hari saja lg.Ramadhan pula akan menjelang tiba.Alhamdulillah hati ini diberikan hidayah n kekuatan utk bermujahadah mengisi ruang2 sya'aban yg masih bersisa.Dengan slogan ku cipta sendiri buat peringatan diri "KURANGKAN MAKAN KURANGKAN TIDUR TINGGALKAN AMAL PERBUATAN YG TIADA KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT TINGKATKAN AMAL IBADAT" ku teruskan niat istiqamah warming up sebagai persediaan menghadapi RAMADHAN yg mulia penuh barakah.

Masuk saja fasa kedua sya'aban sudah mula seruan menyambut kedatangan ramadhan.Wall facebook penuh menyebut tentang ramadhan."selamat menyambut ramadhan". "marhaban ramadhan", "salam ramadhan" n macam2 lagi.Entah mengapa jiwa sentiasa bergetar membaca seruan2 ini.Ada visi n misi telah tercipta untuk ramadhan kali ini.Barangkali risau dengan persediaan yang masih rapuh untuk menjayakan visi n misi itu.Ada satu keinginan yg maha hebat memukul2 hati supaya segera ditunaikan.Ada harapan pd Rabb moga keyakinan,kekuatan n kepastian itu makin teguh buat menyempurnakan impian sekeping hati.

Dalam meniti ruang mujahadah terselit mehnah buat diri.Teruji lagi pada ikatan sebuah persahabatan.Dalam api keteguhan mula membara menyambut kedatangan ramadhan keikhlasan diuji kesabaran diduga.Benarkah hati ini benar2 ikhlas dalam berukhwah kerana Allah? Terasa itulah yg harus dicari di balik ujian yg dihadirkanNYA buat diri.Bumi mana tidak ditimpa hujan.Laut mana yg tidak bergelora.Pokok mana yg tidak bergoyang.Ukhwah yg didasarkan pd Allah dihempas badai dugaan.Pastinya tiada yg mengharap ukhwah yg baru suam-suam kuku dibina mula bergolak rasa.

Hampir seminggu kedinginan terasa hati ini tidak betah diam seribu bahasa meski terlihat ketawa ceria.Bukan namanya aku jika diri ini mampu membiarkan saja kasih persahaban yg teruji.Aku tidak betah berdiam diri sekadar membiarkan waktu yg memulihkan keadaan.Tidakkkkkkkkkk sama sekali! Tidur ku tak lena.Lapar mungkin terisi tapi kunyahannya pasti terasa payah untuk ditelan.

Tidak betah membiarkan keadaan ini semakin parah.Lantas ku memilih jalan sepi sendirian.Biar bangun tak berkejut.sms tak berbalas.Gurau senda seakan mati.Ku mencari ketenangan di sisi Ilahi.Zikir lahir n batin terlafaz membenarkan hati redha menerimanya.Bukan aku kecewa pada apa yg terhulur tak setimpal balasannya.Tidak! Kerana telah aku katakan "Biarkan saja DIA membalas dengan caraNYA".Yang melahirkan rasa kasih ini adalah DIA.maka bukanlah aku yg memberi melahirkan rasa mencurahkan kasih.Bagaimana ingin aku tuntut pembalasan atas nilaiannya yg diberi sedang rasa di hatimu jua DIA yg melahirkannya.Bukan aku yg memberi dan bukan kamu yg membalas.Tetapi DIA.Lalu sebanyak mana yg datang darimu aku menempa redha wahai sahabat.

Hatiku hanya sekadar terusik dengan kedinginan yg melanda.Tertanya-tanya pada diri adakah semuanya kesan dari kesilapanku.Terus aku selam ke dasar lautan hati mencari jawapannya.Renangan belum ku temui rentak tatkala itu tersadung aku pada pintalan permintaanmu.Sungguh aku terkedu.tiada lagi "adik" yg kamu mahukan.kemesraan semakn menjauh ku rasa.Alasanmu sukar bagi akalku untuk mengiyakannya.

Lantaran itu aku mencari waktu untuk berfikir mehnah yg melanda.Jika ada ruang untuk ku mengiyakan alasanmu dengan akal bukan pada rasa hatiku.Ingin aku susuri kembali perjalanan ukhwah kita.Mencari-cari barangkali ada kejanggalan rasa di hatimu kala berbahasa denganku.Saat ini juga aku masih tercari-cari.Diam bukan bermakna aku membencimu bukan bermakna sudut pengakhiran yg ku cari buat satu ikatan ukhwah yg terbina antara kita.

Tetapi aku memberi waktu pada diri ini dan dirimu buat menyelusuri kembali jambatan keikhlasan dalam berukhwah.Aku mencari-cari jika ada sebesar zarah ketidakikhlasan dalam hati ini sehingga sukar membenarkan "kebiasaan" telah kamu maksudkan padaku.Aku ingin memberimu waktu untuk mencari keikhlasan pd keputasan yg telah kamu sampaikan padaku.Benarkah kerana kamu sudah biasa begitu atau keputusanmu adalah sekadar pengaruh dari sekeping hati yg malu pd manusia.

Kemesraan dulu telah sebati teradun dalam jiwaku.Episod baru yg ingin kamu buka sedikit mengusik jiwaku yg telah sebati itu.Kemesraan kita bukan mesra sekadar bergurau senda.Kemesraan kita tersulam dalam dambaan pengisian...pengisian dalam mencari redha Rabb Yang Maha Berkuasa dunia akhirat.

Sudah panjang hatiku berbicara sendiri.Izinkan aku berhenti di sini.Bimbang coretan panjangku bisa merobek hatimu sahabat n adik yg ku kasihi.Moga ujian ini bukanlah mehnah yg menjarakkan kemesraan namun mentautkan lagi rasa kasih yg maha dalam dalam berukhwah keranaNYA.

Buat sahabat n adikku...ukhwah fillah abadan abada.UHIBBUKI FILLAH WA MUSHTAQATT ILAYKI...