terima kasih atas kelukaan yg engkau berikan padaku teman...

setiap saat, minit, masa n tika ku mencuba n terus mencuba untuk menjadi sahabat terbaik buatmu. segalanya kukorbankan kuberikan atas nama sebuah persahabatan. ku cuba didik hati ini supaya tidak mengharapkan apa2 balasan ats segala apa yg kuberikan padamu. kudoakan padaNYA agar menjadikan hati ini hati seorang hamba yg melakukan apa sahaja hanya kerana Allah. termasuklah segala apa yg kuberikan n kukorbankan buatmu wahai sahabatku....

namun inikah selayaknya yg ku terima darimu wahai sahabatku....ku doakan untukmu yg terbaik, ku cuba memperlihatkanmu ke jalan yg sebenar sebuah kehidupan. muslimah sejati itu tidak jauh darimu...bayangan bidadari syurga itu bkn khayalan. ia berupaya menjadi kenyataan jka kau bukakan pintu hatimu kau luaskan kotak fikiranmu...mengapa harus kau anggap diriku mengongkong hidupmu temanku? mengapa?

ku bukanlah hamba yg terbaik dlm mendampingi diriNYA. namun ku sentiasa mencuba n terus mencuba utk berada hampir padaNYA. DIA memberikan daku hidayah lalu ingin kupimpin bersama dirimu menuju matlamat hidup yang hakiki....bukan sebuah banglo yg harus kita kejarkan, bukan sebuah kereta mewah yg harus kita rebutkan, bukan isi dunia yg harus menjadi keutamaan pd sebuah kehidupan ini. tetapi matlamat sebuah kehidupan adalah kematian. apa yg hendak dibawa sebagai bekalan, apa yg hendak diiringkan bersama sebagai teman diruang lahad.

menuntut ilmu bukan sewajarnya berniatkan utk capai kejayaan semata2...bkn utk dapat 10A bkn kerana sijil bkn krna nama, pangkat atau darjat. tapi niat yg sewajarnya adalah kerana Allah. ilmu yg dicari harus niatnya krna Allah. apa yg hndak disumbangkan disebalik ilmu2 itu. apbla berjaya dgn cmrlang dlm pljrn ingin menjadi doktor, peguam, guru n sebagainya...apbla aku menjadi guru ku ingin didik anak2 bgsa menjadi insan yg berilmu n teguh imannya kpd Allah. melahirkan insan2 yg cemerlang bkn shja utk kcmrlgn dunia tp para insan yg bakal insan yg memperjuangkan agama Allah.seterusnya menjadi insan yg terbilang di akhirat kelak...menuntut ilmu perhentiannya bknlah pada sebuah banglo, sebuah kereta mewah, sebuah syarikat yg berjaya ditakluki tapi hati nurani bertitik nokhtah bersandarkan pada Allah Yang Esa segalanya....memperjihadkan diri ke jalan Allah.

sahabat...
namun tidak kau mengerti niatku...kau menyalahkan diriku...ku sebenarnya ingin merangkak, bertatih, berjalan, berlari bersamamu menghayati erti sebuah kehidupan yg sebenarnya. hidayah yg DIA berikan padaku ingin kukongsi bersamamu. tanda kasih n sayangku padamu sahabatku... jika DIA menjanjikan syurga buatku maka ingin kubawa kau bersama menghayati segala keindahannya. raudhatul sakinah-taman syurga sakinah...

kuterima segala kelukaan yg kau berikan padaku...walau pahit, walau derita, walau sengsara dengan 1001 satu tindakanmu yg melukakan hatiku, doaku tetap ada untukmu wahai sahabatku...

Ya Allah Ya Tuhanku...Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Engkau bukakanlah pintu hati sahabatku ini n Engkau berikanlah HidayahMU. ENgkau lembutkanlah hatinya sebagaimana kelembutan2 yg terzahir pada dirinya...lembutkanlah hatinya untuk menerima setiap perkara baik untuk

No comments:

Post a Comment